59 Tahun Cita-Cita Kemerdekaan Malaysia

oleh Asri Yussof pada 26 Aug 2016

city-1283140_1280

31 Ogos adalah tarikh penting di Malaysia, 59 tahun lalu nenek moyang kita dengan bangganya melaungkan perkataan ‘Merdeka’ di seluruh semenanjung Malaysia (dahulunya Malaya atau Tanah Melayu) yang bersatunya 3 bangsa utama, Melayu, Cina dan India melaung bersama meraikan kebebasan tanah ini dari penjajahan British.

Merdeka

Raja kekal menjadi ketua negara dalam konsep yang baru, ‘Raja berpelembagaan’ dan dibantu oleh Perdana Menteri melalui sistem demokrasi berparlimen.

Sistem baru ini memberi harapan yang bersinar kepada seluruh rakyat Malaya pada ketika itu dengan harapan suara-suara pinggiran mampu diketengahkan di parlimen.

16 September 1963, 6 tahun selepas pemasyuran kemerdekaan Malaya, terbinalah sebuah negara yang dimasyurkan sebagai Malaysia, dengan gabungan baru dari Singapura, Sabah dan Sarawak.

Konsep ‘multicultural’ menjadi tonggak utama negara bangsa Malaysia.

31 Ogos 2016 pada hari rabu depan, genaplah 59 tahun kemerdekaan yang dilaungkan. Apakah pengertian sebenar kita kepada gagasan kemerdekaan yang dilaungkan ini?

Kita sebenarnya memerlukan sebuah gagasan baru tentang kemerdekaan, supaya kita tidak lagi melihat kemerdekaan pada 59 tahun ini sebagai hanya kemerdekaan dari pelepasan penjajahan British, tetapi juga harus kita memerdekakan diri sendiri dari penjajahan pemerintah dan bangsa sendiri.

Falsafah Hidup

Hamka menulis dalam Falsafah Hidup apakah pengertian kemerdekaan menurutnya;

“Kemerdekaan, ialah bahawa engkau rasai dengan perasaan yang jernih, hak yang perlu engkau ketahui, dan waktu itu engkau rasai apa pula kewajipan kepada orang lain. Engkau merdeka dan bebas mengembangkan sayap, menurutkan kemahuan hati, untuk membuktikan bahawa engkau berhak. Engkau boleh mengeluarkan apa yang terasa di hatimu, asal engkau hormati pula kemerdekaan orang lain dan engkau bayarkan kewajipan yang diminta oleh masyarakat kepada engkau.”

Dapatkan buku Falsafah Hidup, karya Hamka ini, di sini

Baca juga, Hamka- Ulama Sang Pujangga

Isu-isu yang berlaku sepanjang 59 tahun Malaysia bergerak ke depan adalah cabaran bagi kita. Cabarannya adalah bagaimana kita merespon isu sehingga ia diselesaikan dengan cermat atau menjadi sensitiviti yang membodoh.

Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi

Munshi Abdullah pernah mengutarakan perkataan ‘bodoh’ yang dicatatkan dalam kisah pelayarannya. Azhar Ibrahim menulis dalam Cendekiwan Melayu Penyuluh Emansipasi;

“Paling menonjol ialah tanggapan golongan nasionalis pasca kemerdeaan - mereka amat tersinggung dan marah akan perkataan ‘bodoh’ yang Abdullah letakkan pada orang Melayu.”

Bab pertama sudah kita selesaikan lama dahulu pada tahun 1957. Bab kedua juga sudah kita selesaikan dengan baik pada tahun 1963 dan tahun-tahun seterusnya.

Apa yang belum kita bereskan dengan baik lagi adalah konsep ‘multicultural’ itu sendiri.

Konsep ‘multicultural’ di Malaysia sepatutnya menjadikan kita hidup lebih aman tanpa ada sebarang bentuk salah laku moral antara agama, tetapi ia berlaku juga kerana wujudnya manusia-manusia yang tidak menghormati kebebasan beragama oleh warganegara lain.

Child Smile

Baca juga, Adakah Kita Sudah Merdeka?

Tulis Hamka lagi dalam Falsafah Hidup tentang kemerdekaan beragama,

“Maka pendirian Hak Asasi Manusia tentang kebebasan beragama adalah hal yang wajar dan logik sehingga tidak ada keputusan lain yang lebih benar dari itu.”

Tulis Hamka lagi,

“Kemajuan manusia berfikir dalam membentuk suatu negara yang adil telah sampai kepada suatu kesimpulan bahawa rakyat dalam satu negara harus dibiarkan bebas memeluk dan menjalankan agama yang dipercayainya.”

Baca juga, 59 tahun kita merdeka, tetapi bagaimana dengan Kemerdekaan Bersuara?

Bab-bab yang seterusnya adalah sekarang. Bagaimana pemerintah mengurus negara dan bagaimana masyarakat merespon.

Hamka menulis lagi,

“Kita telah menang kerana keberanian. Tetapi itulah baru perjuangan yang pertama. Kemerdekaan barulah berisi bila mana keberanian semangat diiringi oleh keberanian budi.”

Merdeka Sales - Jualan buku-buku dengan harga runtuh di Bookcafe

Salam Kemerdekaan ke-59 untuk seluruh rakyat Malaysia.

PTS Merdeka