Artikel

6 Tip Untuk Rumah Sentiasa Kemas dan Cantik! - Dr. Hani Mynis

oleh Asri Yussof pada 30 May 2019

Bagi kita bila mendengar orang menulis tentang ‘Tip Mengemas’, ‘Cara Susun Perabot di Rumah’ mungkin biasa bagi kita. Tapi bagi sesetengah orang, mengemas juga ada falsafahnya yang tersendiri.

Marie Kondo, penulis Magic Life-Changing of Tidying, membentangkan falsafahnya yang unik dan memperkenalkan pembaca kepada asas-asas kaedah KonMarinya. Ia telah mengubah rumah dan kehidupan berjuta-juta orang di seluruh dunia. Beliau memberi tumpuan kepada apa yang ingin anda simpan, bukan apa yang anda ingin buang. Tanyalah diri anda jika ada sesuatu yang ‘Spark Joy” terhadap barang-barang ketika anda mengemasnya.

Ok, bercakap mengenai mengemas, susun atur dan barang-barang yang kita suka dan tidak suka, Dr. Hani Mynis dari Malaysia ada menulis satu buku yang terbaharu- Urus Rumah with Hani, iaitu buku yang membantu suri rumah, ibu-ibu dan suami isteri yang suka mengekalkan rumah dalam keadaan kemas, bersih dan selesa.

Dr. Hani menulis, jika tidak kena caranya, boleh jadi hal-hal mengurus menu pemakanan, membersihkan rumah, merancang kewangan akan menjadi satu beban yang berat dan memenatkan.

“Semua ini boleh dielakkan jika kita temui satu teknik pengurusan rumah yang efektif dan sistematik. Malah ia boleh jadi satu kerja yang seronok!” kata beliau.

Ini 6 tip untuk kekalkan kekemasan rumah yang dikongsikan beliau;

  1. Sediakan jadual pembersihan rumah harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Simpan log pembersihan untuk setiap barang yang perlu dibuat pembersihan rapi.

  2. Pastikan setiap barang ada ‘rumahnya’. Biasakan selepas ambil barang letak kembali barang tersebut di ‘rumahnya’.

  3. Buat pembersihan sambil-sambil. Sambil memasak, sambil basuh pinggan mangkuk. Pastikan sinki sentiasa kosong.

  4. Jika kekurangan ruang, gunakan setiap inci ruang dan dinding untuk penstoran. Gunakan ruang bahagian dalam pintu kabinet dan gunakan ruang vertikal sebaik mungkin.

  5. Less is more. Kurangkan barang yang mempunyai fungsi yang sama. Buang barang yang tiada fungsi.

  6. Agihkan tugas mengemas kepada seisi rumah. Berikan tanggungjawab mengemas kepada setiap orang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024