Artikel

7 Buku Yang Dibaca Peminat Korea

oleh Hidaya Arshad pada 05 Jul 2019

​K.O.R.E.A. Apabila disebut sahaja perkataan ini, hati peminat Korea terus berbunga-bunga. Negara kimchi ini tidak pernah mengecewakan hati para peminatnya dan bakal peminatnya dengan pelbagai perkara yang mengaktifkan deria rasa seronok. Jika anda peminat Korea, anda akan meminati 7 buku-buku ini.

via GIPHY

BTS: Icons of K-Pop (Edisi Bahasa Melayu) oleh Adrian Besley

Buku melakarkan perjalanan tujuh anak muda dari Korea Selatan, dari saat debut hingga menjadi fenomena sensasi yang menggegarkan dunia dan media sosial. Buku ini membongkar asal usul setiap ahli, keunikan muzik yang mereka persembahkan serta faktor yang membezakan mereka daripada yang lain, yang menyaksikan mereka mencapai kegemilangan di peringkat global.

I’m A Backpacker: Korea oleh Halian Azurin

Ini bukan sekadar buku panduan untuk survival di Korea. Ia adalah buku yang membicarakan tentang manusia dan budaya. Pengembaraan ke Korea akan lebih bermakna sekiranya kita mampu mendalami sisi-sisi Korea yang tidak terpapar di kaca TV. Dalam buku ini, tidak ada imaginasi, yang ada hanya realiti.

Running Man: Don’t Walk, But Run (Edisi Bahasa Melayu)

Komik adaptasi daripada rancangan realiti Korea, Running Man. Ahli Running Man perlu menyelamatkan Yoona, penyanyi kesayangan ramai yang diculik oleh penjahat Blagoose. Kemerduan suara dan jeritan kesakitan Yoona akan menjadi senjata bagi menjayakan misi Blagoose menyebarkan kuasa gelap ke seluruh dunia. Mampukah Running Man menyelamatkan Yoona dan menghalang niat jahat Blagoose?

Tunas Super: Paris vs Seoul oleh Helysa Asni

Airysa keliru dalam membuat keputusan bagi melaksanakan isi tahunannya. Mujur Maisarah, sahabat baiknya dengan pantas mencadangkan lokasi yang sesuai kepada Airysa, iaitu Paris dan Korea. Sepanjang perjalanan ke Paris dan Korea, ada sahaja halangan yang menimpa Airysa - Bagasi tertinggal di dalam teksi - Tersilap mengetuk pintu rumah - Beg duit dan kad ATM tertinggal ketika pulang ke Malaysia - Terlepas penerbangan - Pertembungan dengan Adam Shariel menimbulkan rasa jengkel di hati Airysa. Setiap kali berjumpa, ada sahaja perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati di hatinya. Tanpa Airysa sedar, lelaki asing itu sebenarnya mempunyai kaitan yang amat rapat dengannya.

Tunas Super: Miss K-Pop (Transfer Student) oleh Nur Izzati

Program Pertukaran Pelajar Korea-Malaysia membuatkan Aleena teruja. Lebih-lebih lagi dia terpilih sebagai mentor kepada pelajar Korea, Lee Jong Kook. Antara aktiviti yang dijalankan adalah melawat negeri Melaka. Sebagai mentor, Aleena mencuba yang terbaik membantu Lee dan pelajar-pelajar Korea yang lain mengenali Malaysia. Suatu hari, ketika mahu menaiki bas, tiba-tiba Aleena dan Lee diculik! Keadaan menjadi kelam-kabut. Meskipun ramai yang cuba menolong, namun penculik itu bertindak lebih pantas dengan membawa lari Aleena dan Lee sehingga tidak dapat dikesan. Bagaimanakah nasib Aleena dan Lee? Masihkah ada sinar untuk mereka berdua bebas daripada penculik itu?

Kerana K-Pop dan Koleksi Komik Terbaik Reja oleh Reja

Himpunan komik menarik dan terbaik karya Reja di Komik-M dengan komik tambahan Kerana K-Pop.

Cinta K-Pop oleh Ben Wong

Komik dengan koleksi terbaik Ben Wong serta komik bonus dan eksklusif. Ben juga berkongsi tip dan pesanan kepada bakat-bakat baru.

Anda setuju dengan senarai ini? Jangan lupa kongsi dengan rakan-rakan yang belum terjebak dengan Korea, ya. 😉

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024