Artikel

Pergi Bangkok 4 hari dengan Bajet RM500, Gaya Backpacker

oleh Asri Yussof pada 18 Jul 2019

Bangkok adalah antara kota yang paling sibuk selain daripada Jakarta dan bandar Ho Chi Min. Bangkok juga mempunyai nama bandar yang paling panjang di dunia, tetapi orang di sana hanya menyebut sebagai ‘Krungthep’, ‘bandar malaikat’.

Nama penuh? Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit.

Agak-agak kita boleh baca dengan sekali nafas?

Baik, ini adalah kisah saya ke Bangkok bermodalkan hanya RM500.


Hari Pertama

Bertolak dari KL - Pulau Pinang (Butterworth) RM40 dengan menaiki bas

KTM Butterworth - Bangkok RM112

Penang Feri
Feri Pulau Pinang

Kalau sampai awal pagi di Pulau Pinang bolehlah pusing-pusing di bandar Pulau Pinang sekejap.

Keretapi menuju ke Bangkok, Thailand sepatutnya pada pukul 2.00 petang tetapi terlambat sehingga pukul 3.30 petang. Perjalanan ini mengambil masa selama 23-24jam di atas keretapi. Sediakan bekal makan dan minuman yang secukupnya.

Saya sampai di stesen Hua Lamphong, Bangkok pada esoknya.

Hari Kedua

MRT Hua Lamphong - MRT Sukhumvit 28 Thai Bhat (RM4)

Sampai di MRT Sukhumvit kita perlu berjalan kaki untuk menukar stesen ke BTS Asok.

BTS Asok - BTS Nana 8 Thai Bhat (RM1)

Untuk menuju ke hostel, hanya perlu berjalan kaki dari BTS Nana. Mengambil masa lebih kurang 10-15 minit sahaja. Saya menginap di The Block Hostel 700 Thai Bhat (RM95) + Deposit 100 Thai Bhat (RM14).

Stesen keretapi Hua Lampung (Pusat Transit Utama)
Stesen keretapi Hua Lampung (pusat transit utama)

Sampai di hostel, saya rehat dan solat sekejap. Kemudian terus keluar untuk ke Sungai Chao Phrya untuk rasa pengalaman menaiki bot di sana dan terus ke Wat Arun.

BTS Asok - BTS Saphan Taksin 42 Thai Bhat.

Kemudian berjalan kaki dari sini ke Jeti Chao Phrya Boat Ekspress lebih kurang 10 minit sahaja.

Jeti - Stesen bot 8 Tha Thien (ambil bot berwarna oren) 20 Thai Bhat (RM3)

Stesen bot 8 - Wat Arun hanya 3 Thai Bat (50 sen)

Wat Arun antara salah satu kuil yang menjadi tarikan di sana kerana keunikan seni binanya dan juga kuil yang betul-betul terletak di sebelah sungai Chao Phrya. Pemandangannya sangat memukau dan cantik.

Stesen Wat Arun - Bot 8 (3 Thai Bhat) 50 sen

Wat Arun
Wat Arun

Kemudian saya berjalan kaki menuju Grand Palace. Jika berniat untuk masuk ke Grand Palace, ia tidak percuma. Harga tiket masuknya lebih kurang RM50 dan ia tidak dibuka pada waktu malam.

Destinasi yang seterusnya adalah Khaosan Road. Dari Grand Palace, kita hanya perlu berjalan lebih kurang 15-20 minit sahaja untuk sampai ke Khaosan Road. Di sini ada pasar malam yang dibuka setiap hari dan antara yang paling besar di bandar Bangkok ini.

Di Khaosan Road, kita dapat lihat tugu monumen yang diberi nama Democracy Monumen. Dari sini untuk pulang ke hostel hanya mengambil bas dengan tambang 20 Thai Bhat (RM3).

Hari Ketiga

MRT Sukhumvit - MRT Hua Lamphong 28 Bhat (RM4)

Sarapan di stesen Hua Lamphong 60 Bhat (RM9)

Stesen keretapi Hua Lamphong - Stesen Ayutthaya 15 Bhat (RM2)

Sewa motor di Ayutthaya 150 Bhat (RM25)

Minyak motor 20 Bhat (RM3)

Ayutthaya
Ayutthaya

Ayutthaya adalah ibu kota warisan raja-raja Thai zaman dahulu. Ayutthaya pernah menjadi kota yang besar, maju dan membangun dengan perdagangan dan kapal laut. Peninggalannya masih dapat dilihat sehingga hari ini dan menjadi salah satu tapak warisan dunia yang dijaga oleh UNESCO.

Ayutthaya - Hua Lamphong 15 Bhat (RM2)

MRT Hua Lamphong - MRT Samyan 16 Bhat (RM2.50)

Dari MRT Samyan kita boleh terus menuju ke MBK Mall, antara pusat beli belah yang popular di Bangkok dan juga berdekatan dengan Siam Paragon. Di kawasan sekitar juga ada street market.

BTS Siam - BTS Asok 28 Bhat (RM4)

Dari BTS Asok hanya berjalan kaki balik ke Hostel.

Hari keempat

BTS Asok - BTS Ratchthewi 31 Bhat (RM4)

Ratchthewi adalah perkampungan orang Islam di sana. Ada sebuah masjid di sini yang menjadi pusat komuniti umat Islam di Bangkok iaitu Masjid Darul Aman. Dari masjid ke stesen Hua Lamphong saya menaiki Tuk-Tuk 60 Bhat (RM8)

Saya tutup pengembaraan di Bangkok yang berakhir di Masjid Darul Aman dengan berbual dan bersembang dengan komuniti di sana. Mereka begitu ramah dan baik. Banyak kedai-kedai makan di sekitar yang diyakini status halalnya.

Stesen keretapi Hua Lamphong - Pulau Pinang 1120 Bhat (RM151)

Dengan jadual perjalanan yang menjimatkan ini, mungkin sesuai untuk mereka yang merancang untuk mengembara dengan bajet yang minimum. Iaitu tidak lebih daripada RM500 sahaja.

Jadi siapa kata mengembara hanya boleh dilakukan dengan duit yang banyak? Untuk dapatkan lebih banyak tip yang menarik, dapatkan buku I’m a Backpacker: Thailand yang ditulis oleh Jann Azhari. Beliau lebih banyak pengalaman daripada saya.

Selamat mengembara!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024