Artikel

7 Perkara di Sebalik Kehidupan Seorang Wartawan Yang Kita Tidak Tahu

oleh Siti Munira Abdul Rashid pada 05 Oct 2016

Kerjaya sebagai wartawan mungkin kelihatan glamor dan berprestij. Walaupun, kerjaya ini dilihat menyeronokkan, cabaran dalam kerjaya ini memerlukan seseorang itu berusaha keras, serta mengetepikan kemahuan diri dan sanggup berjalan jauh dan membahayakan diri untuk mendapatkan sumber berita.

Onak dan duri yang diredah dalam menyiapkan bahan siaran untuk tatapan rakyat tidak boleh dipandang enteng. Hakikatnya, seorang wartawan itu perlu mengejar deadline yang sangat singkat, pada masa yang sama memastikan bahan yang dilaporkan telus dan tepat.

Wartawan

Berikut merupakan 9 perkara di sebalik kehidupan seorang wartawan yang kita tidak ketahui.

1. Yang paling mahal untuk jadi wartawan penyiasatan yang berjaya adalah pengalaman.  Pengalaman akan bantu kita. Planning dah jatuh nombor dua. Dalam kerja penyiasatan, bila rancang banyak sangat, payah. Sebab bila pergi ke tempat kejadian mungkin keadaan, bahkan isu dia, lain.

2. Mungkin ada yang tertanya-tanya, “Memang benar ke wujud ‘pengaruh’ pada apa yang wartawan laporkan? Memang ada ‘tangan ghaib’ ke?”

Hakikatnya, pengaruh ni memang wujud dimana-mana media. Memang susah nak bebas sepenuhnya. Kepentingan tu memang biasanya wujud.

Wartawan 2

MENARIK: Pengalaman Wartawan 17 Tahun Akhirnya Dibukukan

MENARIK: Ini Kisah Wartawan Juga, Tetapi Wartawan Al-Quran

3. Bertemu dan berbual dengan orang yang terkenal dan berpengaruh. Wartawan akan berjumpa dengan perdana menteri, ahli-ahli politik dan banyak lagi untuk mendapatkan cerita sesuatu perkara.

Wartawan 3

4. Bila wartawan bekerja untuk newsroom, sangat penting untuk mereka tak terima saja semua maklumat. Sangat penting untuk mereka ada rasa bertanggungjawab nak berikan berita paling tepat kepada viewer.

5. Oleh sebab berita biasanya short and sharp, wartawan tak ada ruang nak ‘goreng-goreng’. Mereka kena mahir cara nak grab attention orang, tapi pada masa yang sama, menyampaikan maklumat yang betul.

6. Pastinya bila kita jadi wartawan, kita akan report to our immediate superior, which is our editor. Kalau editor ada minta satu-satu benda, kita perlu penuhi. Pada masa yang sama, kita sentiasa bersedia untuk cadang bagaimana nak upgrade pakej yang ada.

MENARIK: Ancaman Kepada Wartawan Sehingga Diugut Bunuh

Wartawan 4

7. Sekarang, laporan jenis pendedahan jenayah macam dah kurang. Kes banyak, tapi tak ramai wartawan buat. Mungkin juga sebab berisiko tinggi. Bukan kena ugut atau belasah dah. Boleh kena tembak. Orang yang nak buat kes jenayah ini, memang kena terima hakikat tu. Jenayah tak akan habis. Selagi ada manusia, selagi tu ada jenayah. Selagi tulah  dia kena gagahkan diri dan berani cuba untuk buat sesuatu.

Sumber: Buku Sebenarnya, tulisan Charles Mohan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024