Artikel

7 Tahun Pertama Adalah Waktu Kritikal Untuk Ibu Bapa Lebihkan Perhatian kepada Anak-Anak

oleh Asri Yussof pada 16 Jan 2018

“Tujuh tahun pertama dalam kitaran hidup kanak-kanak adalah waktu kritikal yang memerlukan perhatian dan bimbingan berterusan daripada kedua ibu bapa.” kata Ustazah Isfadiah, penulis buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi dan 365 Tip Mendidik Anak Soleh dan Solehah.

“Sepanjang tempoh tersebut elemen dan nilai murni perlu diterapkan dalam diri mereka bagi membentuk kefahaman agama, sahsiah dan personaliti diri.”

Ustazah Isfadiah

Ketika wawancara beliau bersama Utusan Online sebelum ini, beliau memberitahu, “membentuk nilai dan personaliti baik dalam diri anak-anak perlukan langkah optimum semasa usia tujuh tahun pertama”

“Kalau dalam tempoh ini kita terapkan asas Islam yang kukuh, kemungkinan waktu remaja jika mereka agak liar, potensi untuk kembali ke pangkal jalan menjadi lebih mudah kerana asas dan tapak Islam sudah ada dalam diri.”

Baca juga: Mendidik Permata Hati: 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi

Baca juga: Ibu Bapa Adalah Perangsang Kepada Anak-Anak Yang Aktif

Beliau menulis kedua-dua buku yang bersifat ‘parenting’ dengan mengambil contoh dari gaya Nabi dari rujukan hadis dan ayat Al-Quran untuk berkongsi tentang ilmu parenting yang beliau terapkan dalam mendidik kesemua anaknya, 6 orang.

Ustazah Isfadiah

(Foto- facebook: Isfadiah Mohd Dasuki)

Klik di sini untuk menonton video pesanan dan tips dari Ustazah Isfadiah

Anak-anak remaja yang rosak kebanyakannya disebabkan oleh kurangnya perhatian dari ibu bapa yang berkerjaya. Anak-anak ini akan kekurangan perhatian dan kurangnya kasih sayang dan menjadi anak yang ganas berpunca dari pengaruh rakan sebaya.

Ustazah Isfadiah

(Foto- facebook: Razali Razak)

Ustazah Isfadiah menambah, realiti yang berlaku dalam masyarakat sekarang golongan remaja mempunyai kekurangan dalam empat aspek nilai utama tersebut menyebabkan muncul pelbagai masalah dan gejala sosial seperti tidak menghormati orang lain, membuli, berzina dan sebagainya.

“Kesibukan ibu bapa yang bekerja tidak boleh menjadi alasan untuk lepas tangan dalam mendidik anak-anak.” tambah beliau.

Ustazah Isfadiah

Klik disini untuk memiliki kedua-dua buku Ustazah Isfadiah, 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi dan 365 Tip Mendidik Anak Soleh Solehah.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024