5 Unsur Yang Dimaksudkan Sedekah yang Sebenar-Benarnya

oleh Abdullah pada 06 Aug 2019

342642

Kita semua sudah tahu bahawa sedekah tidak akan mengurangkan duit kita tetapi ia akan digantikan semula oleh Allah s.w.t dalam pelbagai bentuk. Ada yang Allah taala gantikan dengan duit juga, ada juga dalam bentuk lain yang kita tidak perasan seperti diberikan kesihatan yang baik tanpa sakit, motor atau kereta kita tidak rosak dalam jangka waktu yang panjang dan macam-macam lagi yang Allah taala akan balas kepada kita daripada pahala bersedekah kita.

Untuk mengetahui adakah sedekah yang kita berikan itu benar-benar sedekah ataupun ia hanyalah pemberian yang kosong dan tidak menguntungkan apa-apa kepada kita. Ini 5 unsur yang patut kita perhatikan. Maklumat ini diambil dari buku Ajaibnya Sedekah, tulisan Muhammad Muhyidin.

1. Niat yang tulus dan ikhlas hanya kerana Allah

Apa-apa sahaja pemberian kita dengan niat sedekah kepada orang, letakkan nawaitu yang paling utama “Aku bersedekah ini kerana Allah taala.” Jangan kita fikir apa yang Allah nak balas kepada kita selepas sedekah, itu adalah urusan Allah taala, sandarkan dengan penuh yakin hanya kepada Allah. Dengan sedekah kita sudah dapat menolong orang yang lebih susah daripada kita dan kita sudah dapat membahagiakan orang yang kita sayang.

2. Bebaskan diri daripada sifat ragu-ragu tentang jumlah yang kita nak berikan

Jangan fikir berapa jumlah kita bagi. Sikit atau banyak.jangan fikir. Contoh ayat yang patut kita elakkan dari fikir:
Jangan biarkan bisikan-bisikan ini menggangu fikiran kita. Niat kerana Allah, beri dan tinggalkan hanya kepada untuk menilai. Bukan tugas kita untuk menilai.

  • Ah, aku boleh derma sikit saja

  • Aduh, kalau lah aku boleh derma lebih banyak

  • Allah terima ke sedekah aku yang sikit ni?

  • Wah dia bagi lagi banyak la dari aku

3. Rahsia

Jangan menunjuk dan jangan sombong. Sebaiknya rahsiakan pemberian kita. Inilah cara orang-orang soleh memberikan sedekah dan kita boleh tiru perkara yang baik seperti ini. Bila kita merahsiakan, kita akan terhindar dari penyakit hati seperti takbur, rasa bangga diri dan memperlekehkan pemberian orang lain yang mungkin nilainya lebih kecil.

4. Sedekah kepada orang yang tepat

Antara orang-orang yang tepat untuk menerima sedekah adalah:

  • Anak yatim

  • Orang miskin dalam kerabat kita

  • Orang miskin yang bukan dalam kalangan kerabat

  • Ibnu sabil iaitu orang yang sedang berjihad pada jalan Allah

5. Berikan yang paling terbaik

Yang selalu berlaku, baju-baju lama yang kita tak suka dan sudah lama itulah yang kita akan kumpulkan dan beri sedekah. Ingat! Yang paling baik adalah sedekah dari barang atau nilai yang paling terbaik.

Infografik
Infografik