Artikel

Bermulanya Rom Menuju Empayar

oleh Abdullah pada 11 Sep 2019

Apa yang kita tahu tentang Rom adalah sebuah negara dan empayar yang pernah menakluk sebahagian besar dunia ini. Empayar Rom adalah zaman pasca-Republik Rom purba, yang terdiri dari wilayah kepulauan yang besar di sekitar Laut Mediterranean di Eropah, Afrika Utara dan Asia Barat yang diperintah oleh Maharaja. Empayar pertama diperintah oleh Gaius Julius Caesar Octavianus, yang kemudian digelar dengan Augustus.

Legasinya diabadikan sebagai salah satu pemerintahan yang paling berkesan dan pemimpin yang paling kontroversi di dalam sejarah manusia. Beliau menggunakan pakai pemeritahan berbentuk autokrat. Pemerintahannya bertahan selama lebih 40 tahun.

Kejayaan terbesar beliau untuk dunia adalah menamatkan satu abad perang saudara yang terjadi ketika itu dan memberikan Rom satu era yang sangat aman, makmur. Era ini dikenali di dalam buku sejarah sebagai ‘Pax Romana’ yang bermaksud Keamanan Rom.

Di zaman Nabi Muhammad saw, empayar Rom adalah empayar yang sangat digeruni. Daripada tenteranya sehinggalah kepada penciptaan kota-kota yang tersusun, kukuh dan bertamadun.

Empayar Rom pernah dibicarakan oleh Rasulullah saw di dalam sebuah hadis. Iaitu hadis tentang penaklukan kota Konstantinopel (Istanbul). Konstantinopel adalah tanah jajahan empayar Rom dan ia antara kota yang paling kukuh dengan temboknya yang sangat sukar untuk ditembusi.

Dari Abu Qubail berkata: “Ketika kita sedang bersama Abdullah bin Amr bin al-Ash, dia ditanya: Kota manakah yang akan dibuka terlebih dahulu; Konstantinopel atau Rumiyah? Abdullah meminta kotak dengan lingkaran-lingkaran miliknya. Kemudian dia mengeluarkan kitab. Abdullah berkata: Ketika kita sedang menulis di sekitar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, beliau ditanya: Dua kota ini manakah yang dibuka lebih dulu: Konstantinopel atau Rumiyah? Rasul menjawab, “Kota Heraklius dibuka lebih dahulu.” Yaitu: Konstantinopel.”

(HR. Ahmad, ad-Darimi, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Hadis ini disahihkan oleh al-Hakim. Adz-Dzahabi sepakat dengan al-Hakim. Sementara Abdul Ghani al-Maqdisi berkata: Hadits ini hasan sanadnya. Al-Albani sependapat dengan al-Hakim dan adz-Dzahabi bahawa hadis ini shahih. (Lihat al-Silsilah al-Shahihah 1/3, MS)

Hadis seperti ini kita kategorikan sebagai Nubuwwat. Nubuwwat adalah penyampaian Nabi Muhammad saw tentang masa depan yang belum terjadi di zaman beliau.

Rom menjadi ibu kota empayar yang tunggal sehingga tahun 286 masihi. Tinggalan budaya, runtuhan kota masih dapat kita lihat jika mengembara ke sana atau dapat lihat di gambar-gambar.

Daripada pemerintahan seorang Maharaja, Rom kemudian berkembang kepada pemerintahan Tetrarchy. Istilah “tetrarki” menggambarkan sebarang bentuk kerajaan di mana kuasa dibahagikan kepada empat individu (tiada lagi ‘one man power’). Ini dimulakan oleh Maharaja Diocletian pada tahun 293 masihi.

Ketika Rom di bawah pemerintahan Constantine, ibu kota Empayar Rom dipindah ke Konstantinopel (Istanbul, Turki). Beliau juga adalah Maharaja Rom pertama yang beragama Kristian. Perutusan ‘Dekri Milan’ oleh beliau menjadi penanda tamatnya penganiayaan terhadap orang-orang Krtistian- yang dimaksudkan sebagai toleransi agama.

Daripada hadis Rasulullah saw inilah yang menjadikan semangat juang para tentera Islam kemudiannya semakin membara. Rom adalah sebuah empayar yang besar dan begitu banyak iktibar yang boleh kita pelajari.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024