Artikel

AMAR MAKRUF & NAHI MUNGKAR: Buat yang mana dulu?

oleh Abdullah pada 12 Sep 2019

Ramai yang nak buat dakwah. Kerja menegur salah orang. Ada yang kata sosial media adalah medium yang sangat baik untuk kita buat dakwah. Kita kongsi posting-posting yang baik itu dakwah. Kita menegur di ruang komen adalah dakwah- sebab kita telah buat nahi mungkar- iaitu mencegah perkara-perkara yang mungkar. Perkara-perkara yang mendatangkan dosa.

Keinginan untuk berdakwah ini lahir daripada perasaan ingin dapat pahala. Ini semua disebabkan dalil Kuntum Khaira Ummat Ukhrijat linnas... Allah berfirman di dalam al-Quran, surah Ali Imran pada ayat 110:

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَلَوْءَامَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرَهُمُ الْفَاسِقُونَ

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Tapi, persoalan besar yang patut ditanya sekarang, adakah kerja dakwah kita itu tepat?

Adakah betul kita menegur kawan kita yang sudah bertahun-tahun tidak kita bersua muka dengan mereka. Kita sekadar menjadi pemerhati di sosial media, kemudian apabila ada satu perkara yang kita tidak selesa, kita tegur dia. Kita cakap apa yang dia buat itu tidak betul. Sepatutnya begini-begini. Adakah ini kerja dakwah yang betul?

Saya beri satu analogi, ada seorang perempuan yang tidak bertudung. Dia kawan kita tetapi bukan kawan yang rapat. Kita tidak pernah belanja dia makan, tidak tahu masalah dia, tidak kenal latar belakang dia, tiba-tiba kita terserempak dia di universiti. Oleh sebab kita belajar yang tidak memakai tudung dan tunjuk rambut itu satu dosa, maka kita pergi tegur dia sehingga dia berasa tidak selesa dan cuba menjauhkan diri daripada kita. Adakah ini kerja dakwah yang betul?

Analogi kedua, kita lihat orang tidak bertudung, kita berkawan dengan dia, berkongsi masalah, berkenalan dengan keluarganya, makan bersama-sama, kemudian kita hadiahkan dia DUCK Scarf. Tidak ada satu perkataan pun yang menampakkan kita tegur dia. Yang ada hanyalah kita menjadi sahabat dia dan kita mahu dia sama-sama jadi baik. Adakah ini kerja dakwah yang betul?

Anda boleh fikir sendiri apa yang cuba saya sampaikan di sini.

Berduyun-duyun orang nak buat dakwah hari ini sebab dapat inspirasi daripada rancangan-rancangan agama di TV Al-Hijrah atau Astro Oasis. Tetai ramai yang buat tidak kena dengan caranya yang baik.

Apa yang berlaku, semakin hari orang semakin lari daripada kita. Mereka berjauhan sebab tidak mahu dengar nasihat-nasihat yang ingin kita sampaikan.

Dalam dakwah ini ada 4 patah perkataan yang perlu seiringan. Kita tidak boleh pecah-pecahkannya menjadi dua pasangan yang berbeza. Iaitu AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR. Kita tidak boleh buat NAHI MUNGKAR tapi kita letak tepi AMAR MAKRUF.

Kalau mahu jadi pendakwah, jadilah pendakwah yang berkesan. Bukan sekadar tegur dan lepas tangan. Hadiakan tudung baru sebelum kita nak tegur dan suruh orang pakai tudung. Hadiahkan seluar jeans baru sebelum kita nak tegur orang yang pakai seluar pendek. Ambil hati kawan dan ikhlas dalam bersahabat. InsyaAllah kerja dakwah akan jadi lebih mudah.

Untuk lebih banyak maklumat tentang dakwah dan tip-tips yang lebih berapi, saya sarankan baca buku ini: Tazkirah Makan Dalam.

Buku PTS
Buku PTS

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024