Artikel

Abang Najmi hendak kongsikan siri buku Oh Baru Saya Faham

oleh nailah_el.aziz pada 12 Sep 2022

Setiap bulan , ibu & ayah akan cuba bawa anak ke kedai buku untuk beli any books untuk the boys. Tak kisah buku apa pun diorang minat, komik ke adventures ke , asalkan buku dan anak-anak minat membaca.

Kali ni Abang Naufal abang Najmi ada buku baru nak share. Yay! Buku siri baru “Oh Baru Saya Faham” dari @pts.jr Terdapat 4 buku dalam siri ini.

Dengan isu kehidupan yang sukar difahami anak-anak, buku siri ini sangat membantu. Buku yang penuh dengan moral value sesuai untuk anak-anak yang ada perasaan ingin tahu yang kuat tapi malu untuk bertanya dan akhirnya menjadikan anak tidak tahu.

Sebagai seorang ibu, buku nie sangat sesuai untuk kita as a parents untuk kita menangani isu bagaimana nak mengenalpasti psikologi anak-anak, cara yang betul nak explain ,komunikasi yang lebih berkesan, cara nak kawal emosi dan tingkah laku mereka. Menjadikan anak-anak boleh terima dengan positif dan hati terbuka.

Ibu recommend sangat-sangat buku nie , sangat manfaat dan boleh dapatkan siri terbitan PTS .

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024