Artikel

Reviu Buku Siri Saintis Cilik

oleh Izzatina Hamid pada 12 Sep 2022

Saya dan Eggsie gemar membaca buku bergambar bukan fiksyen, dan apabila @pts.jr menghubungi saya untuk membuat ulasan buku ini, saya terima tanpa ragu-ragu! Buku-buku ini ternyata tidak mengecewakan. Malahan kami membacanya secara lisan beberapa kali. Penterjemah ke Bahasa Melayu jelas dan menghiburkan. Susunan ayat agak panjang untuk dibaca, tetapi Eggsie tidak kisah dan seronok membacanya. Lucu melihat telatah Eggsie bersuara sebagai saintis cilik yang penuh dengan perasaan ingin tahu.

.
Setiap buku bergambar ini mengupas topik-topik sains yang selalu dapat diperhatikan dirumah dan alam semula jadi. Pembaca cilik pasti dapat kaitkan apa yang dibaca dengan keadaan sekeliling mereka. Salah satu perkara yang kami suka tentang buku-buku ini ialah info tambahan dan eksperimen di hujung setiap cerita. Sedikit bantuan ibubapa diperlukan untuk penerangan yang lebih jelas tentang konsep sains yang diperkenalkan, dan eksperimen yang dikongsi menggunakan bahan-bahan yang sedia ada dirumah.
.
Keseluruhannya, Siri Saintis Cilik ini ialah satu inisiatif bernas sebagai pengenalan sains kepada kanak-kanak dalam Bahasa Melayu. Tahniah @pts.jr atas penerbitan buku-buku ilmiah yang menarik ini!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024