Artikel
Ahmad al-Kebab Novel Parodi Pertama PTS Litera
oleh Roziyah pada 10 May 2011
PTS Litera Utama Sdn Bhd yang sebelum terkenal dengan novel terjemahan, sejarah dan Islaminya kini tampil berani dengan membawa novel parodi yang mengkritik masyarakat sekitar.
Novel parodi pertama yang bertajuk Ahmad al-Kebab ini adalah adaptasi daripada filem P. Ramlee yang bertajuk Ahmad Albab.
Melalui olahan yang kreatif dan isi cerita membuatkan pembaca tidak kering gusi, Ahmad al-Kebab mampu menjadi karya yang menarik bagi bacaan semua peringkat umur.
Kisah Ahmad Al-Kebab bermula apabila seorang lelaki kaya bernama Sheikh Majnun al-Jerunga mahu mengahwinkan tiga orang anak gadisnya. Dua orang anaknya, Sahuruhara dan Sakurakura bersetuju dan tidak sabar berkahwin. Manakala seorang lagi anaknya, Mergastura menolak dengan alasan berkahwin dengan orang kaya yang sombong seperti ayahnya itu tidak menjamin kebahagiaan. Sheikh Majnun al-Jerunga telah membuat tender terbuka dengan mengiklankan di surat khabar untuk mencari calon-calon suami yang sesuai untuk Sahuruhara dan Sakurakura. Setiap calon yang berminat di kehendaki menghantar borang tender bersama proposal projek-projek yang besar.
Akhirnya Murrahan dan Sifar berjaya berkahwin dengan Sahuruhara dan Sakurakura. Pada mulanya mereka hidup gembira dengan harta isteri masing-masing. Murrahan dan Sifar juga menggunakan harta isteri mereka untuk berhibur di luar. Mereka memperdaya Sahuruhara dan Sakurakura dengan alasan mereka sedang sibuk menguruskan projek masing-masing.
Mergastura pula dikahwinkan oleh Sheikh Majnun dengan Sediakawal, seorang penggembala burung unta yang miskin dan kebetulan tinggal di kampung yang sama dengan Murrahan dan Sifar. Satu hari Sediakawal melihat seekor burung untanya sudah memasuki gua. Ketakutan Sediakawal bertukar menjadi kegembiraan kerana dia mendapat dokumen penyerahan 100% saham syarikat al-Kebab International oleh seseorang yang tidak diketahui identitinya. Tablit & Co, syarikat guaman yang menjalankan amanah sahaja.
Selepas menjadi kaya, Sediakawal memberi hadiah pada hari jadi Sheikh Majnun dengan anugerah pegangan saham al-Kebab International sebanyak 0.001%, dalam bentuk tajaan makanan. Pakej tajaan itu mengandungi hidangan makan 5 kali sehari dengan satu hidangan makan mempunyai 10 biji kebab, untuk seumur hidup Sheikh Majnun.
Dapatkan buku Ahmad Al-Kebab yang pastinya menghiburkan melalui www.bookcafe.com atau mendapatkannya di kedai-kedai buku terpilih seluruh Malaysia.