Artikel

Ustaz Handphone Anjur Bengkel Buat Duit Dengan Baiki Handphone

oleh Roziyah pada 09 May 2011

Penulis buku berkaitan bidang handphone, Tuan Asyraff Afdzan Abdullah menganjurkan bengkel pertama di Malaysia yang memfokuskan berkenaan bisnes handphone.

Tuan Asyraff Afdzan Abdullah yang sebelum ini menghasilkan buku Buat Duit dengan Baiki Handphone serta buku fiksyen kanak-kanak dalam Siri Usahawan Cilik iaitu Ustaz Handphone membawakan bengkel berbentuk teori dan pratikal berkaitan handphone bagi memberi pendedahan secara mendalam kepada peserta berkaitan bisnes membaiki handphone ini.

Tempat adalah terhad. Tuan dan puan yang berminat dimohon klik di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut bengkel serta mendaftar di sini bagi mendapatkan diskaun daripada penganjur sebelum 15 Mei 2011.

Peserta akan memperolehi CD bahan bengkel, nota bengkel, set peralatan asas, dan buku Buat Duit Dengan Baiki Handphone terbitan PTS Profesional Sdn Bhd.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024