Artikel

Aktiviti Menarik bagi Hujung Tahun

oleh [email protected] pada 30 Sep 2009

Jabatan Pemasaran giat merancang dan melaksanakan gerak kerja bagi suku tahun keempat. Pelbagai aktiviti, buku, dan mekanik sudah dan sedang diusahakan bagi meningkatkan tahap membaca masa cuti sekolah, memandaikan minda dan meningkatkan jualan.

Sertai peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca dan Menang, nanti kami akan uarkan pada website, facebook, akhbar, majalah dan kubu kuat kami kedai buku. Kami akan gegarkan kampung dengan promosi buku KOMIK -M dan buku resepi. Saksikan juga liga novel popular yang akan disiarkan secara berkala pada facebook PTS. Bersempena cuti sekolah, pengunjung akan tertarik membeli buku-buku remaja yang akan dipaparkan secara gah di kedai buku. Peminat penulis remaja juga bepeluang menemui penulis idola mereka di POPULAR Bookstore yang terpilih. Juga memeriahkan keadaan adalah aktiviti seni dan kraft.

Pengunjung semua, terus menemani kami pada web ini, dan terus menyokong dengan memberi komen, menghantar pandangan dan membeli buku-buku terbitan kami.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024