Artikel

Didik Anak Urus Wang Bantu Mengurus Duit Raya

oleh [email protected] pada 29 Sep 2009

Musim Raya, anak-anak antara yang paling gembira menyambutnya. Mereka berpeluang meraikannya dengan baju baru, pergi menziarahi sanak saudara dan yang paling penting mendapat duit raya. Duit raya yang dikumpul jika tidak pandai mengurusnya akan habis sekelip mata. Jadi amalan tradisi yang dianjurkan adalah menabung. Didik Anak Urus Wang membantu ibu bapa mengajar anak-anak menyimpan duit raya bagi pelaburan masa depan.

Ibu bapa perlu merekod setiap duit raya yang dapat dan menyusun bajet yang bersesuaian. Libatkan anak-anak semasa mengemaskini buku akaun dan tunjukkan hasilnya apabila mereka cergas menabung. Didik Anak Urus Wang menerangkan konsep wang yang sesuai bagi semua kewangan keluarga melaksanakannya tanpa mengira tahap pemdapatan. Menjadi keluarga yang bijak mengurus wang bagi kanak-kanak adalah permulaan yang membanggakan dan pelaburan yang mengguntungkan.

Duit raya juga boleh dilaburkan pada akaun pelaburan seperti unit amanah dan SSPN. Ia diterangkan daripada aspek mengapa anak-anak perlu melabur, berapa banyak yang diperlukan, pengeluaran yang sepatutnya, dan jaminan pendidikan masa hadapan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025