Artikel

Seminar ‘The Law of Attraction’ bersama Michael J. Losier: Siri Jelajah Malaysia

oleh Helmi pada 06 Oct 2009

Penulis buku ‘bestseller’ dan terkenal dunia, Michael J. Losier bakal berkunjung ke Malaysia sempena siri seminar ‘The Law Law of Attraction’ Jelajah Malaysia. Ini adalah kunjungan kali kedua beliau ke Malaysia bagi mempromosikan buku beliau The Law of Attraction dan The Law of Connection selepas berbuat demikian kali pertama pada 2008.

Beliau turut akan mempromosikan buku beliau yang sudahpun diterjemah ke bahasa Melayu dan diterbitkan oleh PTS pada 2009 berjudul Hukum Tarikan. Selepas melihat kejayaan jualan buku pertama beliau edisi bahasa Melayu yang kini sudah masuk cetakan ketiga, beliau terus memberi kepercayaan buat PTS menerbitkan buku kedua beliau The Law of Connection dalam bahasa Melayu. Buku ini masih dalam proses terjemahan dan bakal terbit sedikit masa lagi.

Bagi anda yang berminat hendak belajar sendiri dengan Michael J. Losier mengenai ‘Law of Attraction’, jangan lepaskan peluang menyertai seminar pada tarikh-tarikh seperti di bawah.

31 Okt. 2009 (Sabtu) - Hotel Renaissance, Kuala Lumpur
7 Nov. 2009 (Sabtu) - Penang Skills Development Centre, P. Pinang
11 Nov. 2009 (Rabu) - Hotel Royale Bintang, Seremban
14 Nov. 2009 (Sabtu) - Four Points by Sheraton, Kuching

Seminar akan berlangsung bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Pihak penganjur iaitu The Law of Attraction Centre akan menawarkan harga istimewa bagi peserta yang mendaftar melalui PTS. Harga istimewa hanya terhad untuk 30 orang pertama sahaja. Satu sesi khas antara Michael J. Losier dan 30 peserta ini turut akan diatur bagi memberi peluang mereka berinteraksi secara lebih dekat lagi. Maklumat lanjut mengenai harga istimewa akan dimaklumkan dalam masa terdekat oleh PTS melalui laman web rasminya.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024