Artikel

Aktiviti PTS di Pantai Timur tahun 2004

oleh Helmi pada 19 Jul 2004

Beberapa bengkel penulisan yang dianjurkan oleh tim divisyen penerbitan PTS akan diadakan di pantai timur pada bulan Ogos ini. Tim ini yang diketuai oleh Pengurus Kanan Penerbitan, En Fauzul Na’im Ishak, juga membuka klinik penulisan bagi memberikan khidmat nasihat, bimbingan dan rundingan untuk mereka yang berminat untuk menjadi penulis dan menerbitkan buku. Tarikh-tarikh untuk aktiviti tersebut adalah seperti berikut.

7 Ogos 2004 :
Bengkel Sehari Penulisan Dakwah anjuran Jamaah Islah Malaysia Caw. Terengganu di Sekolah Al-Amin, Dungun, Terengganu

8 Ogos 2004 :
Berada di UiTM Dungun

9 Ogos 2004 :
Bengkel Penulisan Ilmiah dan Akademik bersama pelancaran ‘Buku Untuk Usahawan’ Anjuran Unit Penerbitan Akademik (UPENA) UiTM kampus Dungun dengan pihak PTS. Selain daripada para pensyarah, majlis pelancaran ini akan dihadiri juga oleh beberapa wakil dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu serta wakil-wakil daripada agensi usahawan seperti DPMMT, DPMMK, Kelab Usahawan Muda Kemaman, Kraftangan Terengganu dan Kelantan.

10 Ogos 2004 :
Berada di UiTM Dungun

11 hingga 12 Ogos 2004 :
Berada di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia Caw. Kubang Kerian, Kelantan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024