Artikel
Anak Muda Membaca - Expand Your Imagination
oleh Maisarah Hanim pada 03 Feb 2023
Perhatian anak muda!
PTS kembali lagi dengan kempen Anak Muda Membaca khas buat anak-anak muda. Seperti dalam kempen yang lepas, Penerbit-X, Komik-M, Bookiut dan PTS Junior antara yang terlibat dalam kempen ini. Kempen ini bertujuan untuk mengajak anak-anak muda untuk mengisi masa ketika cuti sekolah dengan membaca yang bermula mulai hari ini, 6 Februari sehingga 3 Mac 2023.
Buat ibu bapa sekalian, marilah bersama-sama PTS berusaha untuk terapkan budaya membaca dalam diri anak-anak anda sepanjang cuti sekolah ini dengan membelikan buku atau membawa mereka ke perpustakaan. Sudah tentu ketagihan gajet menjadi kerisauan ibu bapa apabila anak-anak berada di rumah kerana mereka akan bermain gajet tanpa had masa. Justeru, kempen ini mengetengahkan imprint- imprint yang sesuai dengan selera anak-anak muda.
Biarkan mereka membaca buku-buku fiksyen seperti novela dan komik, janji budaya membaca dapat dipupuk dalam diri mereka. Siapa lagi kalau bukan ibu bapa yang harus mendidik anak-anak dari kecil dengan budaya membaca ini. Tambahan pula, buku-buku PTS beserta imprint menggunakan laras kata yang tidak rojak dan penghasilan karya juga ditapis agar tidak melanggar syariah. Jadi, ibu bapa tidak perlu risau akan isi kandungan buku-buku promosi yang dijual dalam kempen ini.
Cogan kata kempen Anak Muda Membaca pada tahun ini ialah ‘Expand Your Imagination’. PTS menggunakan cogan ini supaya anak-anak muda dapat mengembangkan imaginasi dengan bacaan buku fiksyen. Terdapat berbagai-bagai genre dalam fiksyen seperti fantasi, seram, misteri, penyiasatan, aksi dan lain-lain.
Dengan membaca karya-karya fiksyen, imaginasi anak-anak akan berkembang secara luas serta boleh menambah pelbagai ilmu pengetahuan. Lebih banyak membaca bukan membuatkan kita lebih banyak tahu, tapi kita tahu bahawa ada banyak benda sebenarnya yang kita tidak tahu.
Untuk kempen ini, para pembaca berpeluang untuk mendapatkan pelekat ikon Komik-M dan Bookiut eksklusif dengan setiap pembelian 1 buku promosi. Jadi, jangan lupa untuk hadirkan diri anda ke kedai-kedai buku berdekatan dan kumpulkan 6 desain ikon keseluruhannya.