Artikel

Anak Muda Membaca: Pelbagai Genre Untuk Anak Muda

oleh Farah Liana Nordin pada 14 Sep 2022

Setiap orang mempunyai kecenderungan yang berbeza meskipun datang daripada keluarga yang sama. Si abang merupakan peminat siri penyiasatan, si kakak pula peminat novela manakala si adik merupakan peminat tegar komik. Yang peliknya, ibu bapa tersenyum bahagia. Masakan tidak, anak-anak mengisi masa senggang mereka dengan membaca. Tidak kira apa genre sekalipun asalkan ia bacaan yang bermanfaat dan berkualiti, sudah pasti ibu bapa dapat menarik nafas lega.

Bermula 1 sehingga 30 September 2022, PTS Media Group membawakan kempen Anak Muda Membaca yang melibatkan empat imprint di bawahnya iaitu Penerbit X, Komik-M, Bookiut dan PTS Junior. Menerusi kempen ini, pembeli akan mendapat satu penanda buku secara percuma dengan pembelian minimum dua buah buku dari mana-mana imprint yang terlibat dalam kempen ini.

Kempen Anak Muda Membaca ini merupakan salah satu inisiatif bagi menarik lebih ramai anak muda membaca buku. PTS Media Group sentiasa berusaha menghasilkan karya-karya yang berkualiti tinggi bagi mencapai misi memandaikan bangsa. Hal ini adalah kerana PTS menyedari kepentingan membaca bagi membentuk bangsa yang berjaya.

Dalam pada itu, PTS Media Group turut meraikan pembaca yang pelbagai dengan menghasilkan bermacam-macam genre buku yang mana para pembaca boleh memperolehnya di bawah satu rumah penerbitan. Kami juga menampilkan judul-judul baru pada setiap bulan untuk bacaan pengikut setia kami yang sentiasa menantikan karya terbaharu daripada kami.

Bagi yang baru mengenali imprint-imprint di bawah PTS, imprint-imprint ini terdiri daripada genre-genre fiksyen yang berbeza-beza untuk pembaca yang pelbagai. Bookiut menerbitkan buku fiksyen untuk kanak-kanak dan remaja dalam lingkungan umur 10-17 tahun yang bertumpu kepada genre fantasi, fiksyen sains, aksi dan kontemporari. Selain itu, Penerbit X pula mewarnai buku-buku terjemahan klasik Inggeris yang ikonik selain buku-buku fiksyen tempatan bertemakan fiksyen sains, fantasi, thriller dan misteri, serta seram. Terbitan Penerbit X sesuai dibaca oleh kelompok remaja sekolah menengah hinggalah dewasa.

Di samping itu, PTS Junior pula menerbitkan buku bagi khalayak pembaca cilik berusia 5 hingga 10 tahun. Kategori buku yang ditumpukan adalah komik informatif, kamus, buku cerita bergambar dan buku panduan untuk anak-anak. Antara tema tumpuan seperti agama, sains, pendidikan, pembelajaran awal kanak-kanak, belajar membaca, moral dan nilai-nilai murni. Sementara itu, Komik-M fokus menerbitkan komik dan novel grafik dalam pelbagai kategori. Sesuai untuk pelbagai lapis usia dan jantina, namun kelompok utama pembaca Komik-M adalah kanak-kanak dan remaja. Dengan penggunaan bahasa Melayu yang dijaga dan kandungan komik yang mesra pendidikan, Komik-M turut dikenali sebagai buku yang “disyorkan oleh cikgu-cikgu Malaysia”.

Antara karya terbaharu yang diterbitkan ialah Miss Princess Hanbok, Silat Warrior dan Miss Adventure bagi imprint Bookiut. Buku terbitan baharu bagi imprint Penerbit-X ialah Arsene Lupin 813, Kru Paranormal, Sherlock Holmes dan Kronikel Empat Bahtera. Imprint PTS Junior pula menerbitkan siri baru Young Aisyah, Oh Baru Saya Faham, Komik Sains Informatif dan Saintis Cilik manakala buku terbaharu terbitan imprint Komik-M ialah Lawak Ultra Qalif, Aku, Kau & Hantu dan Sahabat Misi 3Q.

Jangan lupa untuk mendapatkan promosi Anak Muda Membaca dengan penanda buku yang terhad di kedai-kedai buku terpilih berhampiran anda. Ini termasuklah Kedai Buku PTS, Kedai Borong PTS, MPH, SMO dan lain-lain. Pembelian juga boleh dilakukan secara dalam talian di bookcafe.com.my atau Shopee dan Lazada BukuPTS atau Kedai Borong PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024