Artikel

Aneka Resipi Mudah: 100 Resipi Biskut,Kek, Manisan & Kudapan

oleh Nor Fatin Amira Salleh pada 18 Apr 2016

Bagi suri rumah dan peminat-peminat buku masakan, berita baik untuk anda kerana PTS Media Group baru sahaja menerbitkan buku bersama Chef Norzailina. Buku yang bertajuk 100 Resipi Biskut, Kek, Manisan & Kudapan adalah karya kedua Chef Norzailina bersama PTS.

Memandangkan bulan Ramadhan sudah hampir menjengah, buku ini sesuai untuk dijadikan panduan kepada pembaca. Ini bagi merancang juadah yang ingin disediakan untuk hari lebaran.

Aneka resipi kek, biskut, kudapan, dan manisan membuatkan pembaca tidak pening kepala bagi mencipta resipi baru. Dalam buku ini, chef menyediakan resipi kek yang dibakar dan juga dikukus.

Bagi penggemar kek kukus, mereka boleh memilih resipi yang menggunakan kaedah mengukus dan begitu pula sebaliknya.

Tidak hanya untuk dimakan, pembaca boleh mendapat idea bagi menjalankan perniagaan resipi-resipi yang menjadi pilihan. Banyak resipi menarik yang boleh dicuba oleh suri rumah dan menjualnya bagi menambah pendapatan.

Selain itu, kebanyakan bahan yang digunakan untuk setiap resipi juga mudah didapati dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Chef Norzailina juga menyelitkan panduan umum dalam buku ini seperti cara sukatan, pengenalan bahan asas bagi membuat biskut, kek, dan sebagainya.

Antara resipi yang terdapat dalam buku ini adalah Bepang Kacang, Kuih Tiram, Bebola Kelapa, Biskut 3 Bahan, Biskut Badam, Kek Lapis Pelangi, Kek Delima, Bingkisan Epal, dan Puding Karamel.

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Dapatkan buku ini di pasaran untuk mencuba pelbagai resipi yang menarik.


 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024