Detektif Yaya dan Misteri Hantu Harum

oleh Asri Yussof pada 26 Apr 2016

img_20160426_102145

Buat peminat siri Nomik Detektif Yaya, sudah pasti adik-adik tidak sabar untuk siri kedua nomik ini. Misteri kali ini ternyata lebih menarik dan dan mendebarkan.

Detektif Yaya kembali dengan misteri terbaru, iaitu Detektif Yaya dan Misteri Hantu Harum.

Selepas berjaya menyelesaikan kes penunggu Gunung Embun, Yaya mula menubuhkan kelabnya sendiri, iaitu kelab misteri. Namun begitu, selepas menubuhkan kelab tersebut, tiada kes yang perlu diselesaikan.

Terdapat khabar angin menyatakan bahawa bangunan usang di sekolah tersebut akan diruntuhkan. Selepas itu, satu demi satu misteri serta sumpahan terjadi. Hal ini menimbulkan tanda tanya dalam fikiran Yaya.

Rakan-rakan sekolahnya mengadu berkenaan misteri dan sumpahan itu. Yaya, Boboiboy, Ying, Gopal, dan Fang berjanji akan membongkarkan misteri di sebalik sumpahan hantu harum itu.

Apabila mereka bersetuju bagi menyelesaikan misteri itu, satu per satu surat ugutan diterima oleh Yaya. Siapakah yang menghantar surat itu? Bagaimana pula dengan hantu yang terdapat di bangunan usang itu?

Siri Nomik Detektif Yaya kali ini padat dengan nilai-nilai murni yang sesuai untuk dijadikan teladan. Jalan penceritaannya menimbulkan suspen untuk pembacanya. Sudah pasti adik-adik akan terhibur untuk membaca siri nomik ini.

Tambahan lagi, ilustrasi-ilustrasi komiknya juga menarik dan kreatif. Adik-adik pasti tidak akan bosan membaca siri Nomik Detektif Yaya ini.

Jadi tunggu apa lagi! Ayuh sama-sama menyelesaikan misteri dengan Detektif Yaya dan rakan-rakan.