EKSKLUSIF | Pengiktirafan Tertinggi Anugerah Akademi Oscar 2011 Jatuh Kepada ‘Ulat-ulat Buku’

oleh [email protected] pada 03 Mar 2011

Kisah Raja yang mempunyai kesukaran berucap akibat masalah gagap yang kronik demi memimpin rakyatnya menghadapi Perang Dunia Kedua mendahului senarai pengikhtirafan tertinggi pada Anugerah Akademi ke-83 baru-baru ini.

‘The King’s Speech’ memenangi anugerah Filem Terbaik, pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik. Cerita mengenai seorang pelajar kolej pencipta Facebook yang juga kini dipertanggungjawabkan menggulingkan ketua-ketua kerajaan Timur Tengah terlepas banyak gelaran-gelaran besar. Namun, ‘The Social Network’ berjaya memenangi anugerah Susunan Muzik Terbaik, Suntingan Filem Terbaik dan Adaptasi Lakon Layar Terbaik

Natalie Portman yang memegang watak seorang penari ballet dalam filem ‘Black Swan’ telah merangkul gelaran Pelakon Wanita Terbaik malam itu. Beliau juga telah memenangi Anugerah Golden dan trofi Pelakon Wanita Terbaik Screen Actor’s Guild pada awal tahun ini.

Apabila pengarah ‘King’s Speech’ menerima anugerah Pengarah Terbaik, beliau mendedahkan bahawa ibunya yang telah menjumpai skrip simpanan lama dan bertanggungjawab untuk beliau ‘melakukan sesuatu’ untuknya. Menurut beliau lagi, moral cerita daripada kemenangan ini adalah: ‘Dengarlah nasihat ibu’. Manakala penulis skrip filem itu pula menyatakan pada usia 73, beliau ialah pengkarya tertua pernah memenangi anugerah Penulis Lakon Layar Terbaik dalam sejarah akademi Oscar.

FM: Penulis tidak pernah terlepas menonton siaran langsung anugerah penuh prestij ini sejak lebih 10 tahun lalu. Cuma buat pertama kali, menontonnya secara LIVE streaming secara online