Artikel
Baca @ LRT Kembali Lagi - 25 November 2012 (Ahad)
oleh Amirah Hassan pada 24 Nov 2012
PTS Media Group dengan kerjasama mahasiswa dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam akan menganjurkan aktiviti Baca@LRT. Aktiviti ini juga akan turut dihadiri oleh ahli-ahli kelab Baca@LRT Kuala Lumpur.
Aktiviti ini diadakan sebagai sokongan kepada kempen membaca seperti yang disarankan oleh kerajaan di samping mempromosikan Fiesta Seronoknya Cuti@Menara KL. Berikut adalah maklumat berkenaan aktiviti ini:
1. Peserta akan berkumpul di LRT Kelana Jaya atau di stesen LRT/Monorail yang terlibat.
2. Peserta akan dipecahkan mengikut 3 aliran LRT/Monorail seperti berikut:
- Aliran Kelana Jaya: KLCC, Ampang Park, dan Seri Rampai (Wangsa Walk)
- Aliran Teminal Putra: Masjid Jamek dan Pasar Seni
- Monorail: Imbi (meliputi kawasan Plaza Bukit Bintang, Plaza Low Yat, Pavilion, Plaza Sungei Wang dan Berjaya Times Square)
Tarikh: 25 November 2012 (Ahad)
Masa: 11 pagi
Peserta akan membaca buku sepanjang berada di dalam LRT/Monorail. Flyers dan penanda buku akan diberikan kepada setiap pengguna yang berada di dalam LRT/Monorail sepanjang aktiviti ini berlangsung. Selain itu, buku percuma akan diberikan kepada pengguna yang bertanya kepada peserta-peserta ataupun ahli-ahli Baca@LRT mengenai aktiviti ini.
Tuan-tuan dan puan-puan amat dijemput bagi memeriahkan dan menyokong aktiviti membaca ini. Sebarang pertanyaan mahupun cadangan berkaitan boleh dikemukakan kepada Tuan Izzat di talian 016-661 1752.