Artikel
Baca@Ramadan: Bijak Urus Bajet Puasa di PTS.FM
oleh Roziyah pada 28 Jul 2010
Waktu berbuka puasa adalah antara waktu yang meggembirakan seperti dinyatakan ajaran Islam.
Namun kadangkala apabila terlalu gembira, kita kadangkala terlupa dan menjadikan waktu berbuka medan membalas dendam selepas selepas seharian tidak makan dan minum.
Amalan ibadah puasa lebih mendapat pahala yang tinggi apabila umat Islam membaca buku berkaitan puasa dan amalannya. Sememangnya dinyatakan berkenaan cara yang betul semasa berbuka puasa seperti memulakan dengan kurma dan dalam kadar yang bersesuaian dan bukan membazir.
Tuan Shamsuddin Kadir bersama dengan Editor PTS Profesional, Tuan Nor Akmal Haji Mistar membicarakan bajet puasa di PTS.FM.
PTS.FM telah menjalankan rakaman bersama penulis buku kewangan dan Perunding Latihan dan Jurulatih Profesional, Tuan Shamsuddin Kadir bagi menerangkan bajet yang terurus untuk tuan dan puan menguruskan belanjawan di bulan Ramadan ini.
Tuan Shamsuddin Abdul Kadir yang juga penulis buku kewangan PTS telah memberi penerangan lanjut cara mengurus bajet yang betul bagi meraikan masa berbuka dan dalam masa yang sama mendapat pahala berganda.
Beliau mengariskan beberapa saranan seperti bagaimana melakukan bajet di bulan Ramadan serta merancang juadah untuk berbuka puasa.
Saksikan diskusi beliau melalui PTS.FM yang bakal disiarkan tidak lama lagi.