Artikel

Bagaimana Makna Pendidkan Seks Yang Sebenar Menurut Islam?

oleh Asri Yussof pada 16 Jan 2018

Mungkin masih ramai yang memandang seorang tentang makna ‘Pendidikan Seks’ yang ingin diperkenalkan kepada anak-anak di sekolah. Menurut Dr. Abdullah Nasih Ulwan, dalam bukunya Tarbiyatul Aulad Fil Islam: Menggilap Sinar Peribadi Anak menulis,

Pendidikan seks ialah mengajar, memberi kesedaran dan berterus terang dengan anak tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan seks, nafsu dan perkahwinan.

Hal ini supaya apabila anak-anak menjengah usia remaja dan mula mengenali kehidupan, mereka tahu apa yang halal dan apa yang haram.

Tarbiyatul Aulad

Tulis beliau lagi, dengan pendedahan awal tentang pendidikan seks untuk anak-anak, mereka akan menjadikan akhlak Islam sebagai panduan dan tidak mengejar syahwat serta tidak tenggelam di bawa arus kemaksiatan.

Dr. Harlina Halizah Siraj dalam tulisannya di facebook, menolak makna pendidikan seks yang diajarkan di barat yang hanya menghuraikan aspek biologi manusia menjurus kepada perlakuan seksual dan hubungan kelamin semata-mata.

Dr. Harlina Haliza Siraj

Pembelajaran di barat dengan masyarakat sekitar yang menganggap seks sebagai satu keseronokan tanpa ikatan dan tanggungjawab menjadikan pendidikan seks di sana tidak membawa objektif yang baik untuk para remaja.

Dr. Harlina mentakrifkan pendidikan seks adalah pendidikan seksualiti dalam ertikata sebenarnya adalah satu bidang pendidikan yang menggabungkan sekurang-kurangnya lima dimensi – biologikal, intelektual, emosional, sosial dan spiritual.

Pendidikan ini bertujuan membentuk manusia yang terhormat dan mulia, dengan perubahan khusus tingkahlaku seksual yang selamat – yang tidak akan merosakkan diri sendiri, orang lain dan masyarakat.

bookcafe

Apa yang kita gambarkan tentang pendidikan seks hanya tentang perlakuan kelamin adalah salah dan perlu diubah. Kita perlu bersetuju dengan para ahli dalam bidang akademik yang mencadangkan pendidikan seks sebagai silibus akademik di sekolah.

Iaitu kita perlu jujur dengan anak-anak di peringkat awal remaja tentang hal-hal seksualiti.

Dr. Nasih Ulwan berpendapat, pendidikan seks perlu dititikberatkan oleh ibu bapa dan pendidik, dan anak-anak ini mempunyai empat peringat umur yang perlu diambil tahu.

1. Umur antara 7-10 tahun

Peringkat ini dinamakan usia tamyiz. Pada peringkat iini anak-anak diajar adab-adab meminta izin dan menjaga pandangan

2. Umur antara 10-14 tahun

Peringkat ini dinamakan usia remaja. Pada peringkat ini anak-anak perlu dijauhkan daripada segala unsur yang dapat merangsang kemahuan seksual.

3. Umur 14-16 tahun

Peringkat ini dinamakan usia baligh. Pada peringkat ini anak-anak perlu diajar adab-adab hubungan seks sekiranya mereka sudah bersedia untuk berkahwin.

4. Selepas peringkat baligh

Peringkat ini dinamakan usia belia, anak-anak diajarkan adab-adab menjaga kehormatan diri sekiranya mereka masih belum mampu berkahwin.

Baca juga: Tiada Dalil Wajib Berkhatan Untuk Wanita

Kajian yang dijalankan oleh http://www.advocatesforyouth.org/ menunjukkan negara Belanda antara negara di eropah dan barat yang mencatatkan kadar kehamilan remaja yang rendah. Ini 4 faktor yang dicatatkan oleh Dr. Harlina dan patut kita tahu:

1. Pendidikan seksualiti dimulakan awal di rumah menurut peringkat usia dan kematangan anak.

2. Keterbukaan sikap terhadap aspek seksualiti di kalangan ibu bapa Belanda.

Klik di sini untuk tonton bagaimana pendidkan seks di Belanda sudah bermula sejak di sekolah tadika lagi

Baca juga: Apa yang Boleh Kita Belajar Dari Sistem Pendidikan Seks di Belanda - attn.com

3. Nilai kekeluargaan yang masih diutamakan dan keutuhan rumahtangga di kalangan penduduk Belanda ( kadar penceraian di Netherlands adalah antara yang terendah di Eropah)

4. Pendidikan seksualiti yang diajarkan secara formal di Belanda dilengkapkan dengan nilai moral, etika dan agama yang dipegang oleh keluarga pelajar ( Kurikulum ini dinamakan Sexuality Education Plus)

Dalam surah An-Nur, ayat 58 hingga ayat 59, mengajarkan kepada kita untuk menjaga adab meminta izin masuk ke bilik sesama adik-bradik dan ibu bapa di rumah. Inilah antara ajaran pendidikan seks yang jelas di dalam al-Quran.

An-Nur - 58

“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) iaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya’. (Itulah) tiga ‘aurat bagi kamu.  Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu.  Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

An-Nur 59

“Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Klik di sini untuk memiliki buku Tarbiyatul Aulad, karya Dr. Abdullah Nasih Ulwan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024