Artikel

Bagaimana Membina Pendapatan? Mari Buat Duit Dengan Facebook dan Instagram

oleh `Ismah Maisarah AMY pada 26 Apr 2016

Perniagaan atas talian atau online busines tidak asing lagi kerana kini banyak produk dijual atas talian bak cendawan tumbuh selepas hujan, khususnya menggunakan medium media sosial.

Secara purata, hampir kesemua individu mempunyai akaun Facebook mahupun Instagram.

Ini memberi kelebihan kepada peniaga atas talian kerana boleh memperoleh pelanggan yang ramai hanya berhubung di hujung jari.

Namun begitu, adakah anda mengetahui cara yang betul bagi menjalankan perniagaan atas talian?

Penulis memberikan panduan bagi menjana pendapatan dengan Facebook dan Instagram. Panduan yang dikongsikan menggunakan bahasa yang mudah difahami dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Buku ini juga disertakan dengan gambar yang jelas bagi memudahkan pembaca mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan.

Panduan yang dikongsikan merangkumi proses sebelum memulakan perniagaan sehinggalah aktiviti selepas perniagaan.

Ini bermakna, pembaca dapat mempelajari cara yang betul bagi menjalankan perniagaan atas talian dari langkah yang paling asas.

Bagi memudahkan pembaca, penerangan langkah-langkah ini turut disertakan dengan tip dan maklumat tambahan yang berguna.

Penulis juga turut memberikan cadangan bagi menjalankan perniagaan atas talian.

Buku Siri Buat Duit Dengan Facebook dan Instagram bukan sahaja sesuai kepada pembaca yang berminat menjalankan perniagaan atas talian, tetapi juga boleh dijadikan sebagai rujukan oleh peniaga yang sudah menjalankan perniagaan.

Saya yakin dengan adanya buku panduan ini, ia mampu mengubah hidup anda. Perancangan yang teliti, strategi yang teratur, serta panduan yang betul dapat menjamin keuntungan perniagaan anda.

Jadi, ingin peroleh keuntungan yang lumayan tanpa memerlukan modal yang banyak?

Mari pelajari selok-belok dunia perniagaan Internet dengan dapatkan siri buku Buat Duit Dengan Facebook dan Instagram.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024