Artikel

Bagaimana Terwujudnya Dendam Hitler ke atas Yahudi?

oleh Huzaifah Abd Jamil pada 27 Sep 2016

Vienna. Saya cukup tertarik dengan keindahan ibukota Austria ini. Terima kasih kepada Guntur Soeharjanto atas visualisasi novel 99 Cahaya Di Langit Eropa. Tahniah juga kepada Hanum Salsabiela Rais dan Rangga Almahendra atas kejayaan kalian dalam pencarian permata di bumi Eropah sehingga terhasilnya novel ini.

Vienna, Austria

Austria atau lebih tepat di Vienna, terkenal dengan kota muzik klasik. Melalui filem 99 Cahaya Di Langit Eropa, kita dapat mengenal nama-nama tokoh pemuzik klasik sepanjang zaman, seperti Schubert, Johann Strauss, Mozart, dan Beethoven; Mereka ini adalah nama-nama besar dalam industri muzik klasik.

Mozart

Rupa-rupanya keunikan kota Vienna belum berakhir. Siapa sangka, tokoh diktator paling ditakuti di dunia pernah berada di kota ini demi mengejar cita-cita sebagai seorang pelukis!

Painting

Itulah sejarah awal Adolf Hitler. Anak kelahiran Branau, Austria ini mula melukis ketika berada di bangku sekolah rendah lagi. Dalam usaha mengejar cita-cita sebagai seorang pelukis sehingga membawa beliau ke Vienna, ketika itulah beliau mula belajar sesuatu.

“Yahudi perlu dihapuskan!”

Dendam, ini timbul oleh sebab beliau tidak menggapai cita-cita untuk menjadi pelukis di sana. Beliau rasa, kerana yahudilah beliau tidak diterima masuk ke sekolah seni lukis di Vienna yang diimpikannya itu.

Yahudi

Sehingga selepas itu beliau menjadi orang jalanan dan melihat dunia dalam pandangan yang berbeza.

Akhirnya Adolf meninggalkan cita-citanya dan masuk ke arena politik dengan awalnya melalui ketenteraan. Saya amat kagum dengan permainan propaganda oleh konco-konconya.

Adolf Hitler

Bagaimana peperangan ciptaan Jerman dilihat sebagai ‘penyelamat’ negara dengan cara memutarbelit ucapan-ucapan pemimpin musuh.

Dari cita-cita untuk ‘menyelamatkan’ Jerman itulah, Adolf mula rakus memulakan penaklukan ke atas negara-negara jiran dalam usaha memastikan dunia tunduk kepada Nazi.

Nazi

Jangan, atau lebih tepat lagi tidak boleh berkata ‘tidak’ kepada apa sahaja arahan Adolf. Orang-orang dibawahnya perlu patuh dan taat arahan beliau. Dari sudut positif, sifat sebegini perlu ada sebagai langkah menjalani kehidupan secara survival. Dalam bahasa mudahnya, belum cuba, belum tahu.

MESTI BACA: Hitler Berjaya dalam Politik Kuasa Tapi Belum Berjaya dalam Politik Equality

MESTI BACA: Kehidupan Hitler Sebelum Beliau Dikenali Dunia

Sayang sekali, kemenangan dalam peperangan bukan sepenuhnya bergantung kepada nasib. Inilah sudut negatif dalam tindakan Hitler. Tidak salah untuk kita mencuba sesuatu, namun kita perlu kenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam diri sendiri dan keadaan sekeliling.

Promo Hitler

Dapatkan novel-novel Hitler di Bookcafe sekarang dengan diskaun berganda sempena #MyCyberSale2016

Begitulah adat kehidupan. Kalau hari ini kita berada di atas, tidak mustahil esok kita menjunam menyembah bumi. Saya amat menghargai semangat setiakawan yang ditunjukkan beberapa pengikut beliau, di saat Adolf hampir kehilangan segala-galanya.

30 April 1945 menyaksikan kematian Hitler yang bertindak menembak diri sendiri. Bagaimana keadaan Parti Nazi selepas Jerman kehilangan führer mereka?a

News Hitler Dead

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024