Artikel
#MyCyberSale2016: Buku RM1, Diskaun Sehingga 95%, dan POS Percuma - Temubual Bersama Bookcafe
oleh Asri Yussof pada 28 Sep 2016
Sejak 2 hari yang lalu, #MyCyberSale2016 telah bermula di seluruh Malaysia. Acara ini adalah inisiatif MDEC untuk memajukan industri eCommerce tempatan, khususnya. Pelbagai jenis barangan yang terjual, tapi yang menarik perhatian saya adalah segmen buku di Malaysia.
Untuk mengetahu bagaimana jualan untuk segmen buku di Malaysia sempena #MyCyberSale2016 saya bertemu Tuan Hairul Faizal Adli, Sales Manager Bookcafe.com.my selepas saya google “Beli Buku Online” muncul Bookcafe berada di carian paling atas.
Untuk Bookcafe, sempena #MyCyberSale2016 tahun ini, kita mensasarkan jualan sebanyak RM500k dengan sasaran lebih 5000 jumlah order dilakukan sepanjang 5 hari promosi.
Hari ini baru hari ketiga, tuan perlu bertemu saya semula pada 30 September ini untuk kita bincang pola pembeli buku di Malaysia makin menarik atau bagaimana.
Sebenarnya, peningkatan jualan untuk dibandingkan dari tahun lalu, secara keseluruhan sangat tinggi, namun nilai pembelian bagi setiap pelanggan semakin menurun.
Maksudnya jika sebelum ini tuan membeli buku-buku di Bookcafe dengan nilai RM180, sekarang tuan membeli dengan nilai RM 100.
Bagi menyelesaikan masalah ini, kami di Bookcafe memberi lebih kepuasan kepada pelanggan. Jika sebelum ini dengan pembelian RM150 barulah pelanggan kami mendapat nilai free shipping (penghantaran percuma),
Tetapi sekarang kami sudah tawarkan free shipping dengan pembelian serendah RM80. Dengan harapan, nilai pembelian seseorang pelanggan kami yang budiman akan meningkat.
Pertama: Mudah. Dengan membeli secara online, tuan tidak perlu menghadap kesesakan lalu lintas dan Bookcafe menghantar terus ke rumah tuan. Lagi menarik, jika order hari ini, pasti akan dapat buku terus hari ini juga. Ini untuk mereka yang order pagi-pagi lah, begitu.
Kedua: Jimat. Sempena #MyCyberSale2016 yang sedang berlangsung sekarang sehingga 30 September ini, kami tawarkan diskaun sehingga 97% dan harga buku menjunam serendah RM1.
Semalam kita tawarkan buku-buku serendah RM1 seperti Kitab Riyadus Solihin, Tafsir Al-Azhar oleh Buya Hamka dan buku Fiqh Kewangan Islam.
Kita tahu ketiga-tiga buku ini adalah buku premium yang tebal dan berkulit keras. Ini antara kepuasan yang kami berikan kepada pelanggan-pelanggan kami yang budiman sehingga buku-buku ini habis dalam masa 28 saat sahaja.
Ketiga: Selamat. Sistem pembayaran yang dipercayai dan sehingga hari ini tiada lagi ketirisan maklumat. Bookcafe mempunyai lebih 70 ribu pelanggan berdaftar & sudah memproses hampir 100,000 order online.