Artikel
PNM Beli Terus 2 Buku PTS daripada Penulis
oleh Helmi pada 02 Nov 2009
Tahniah PTS ucapkan kepada En. Shamsuddin Kadir, salah seorang penulis prolifik PTS kerana 2 buku beliau dibeli terus oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Pembelian terus oleh PNM daripada penulis ini adalah bagi batch 3 tahun 2009. 2 judul itu ialah Buat Duit dengan Rumah sebanyak 1089 naskhah dan Usahawan Cilik: Garaj Aiman juga sebanyak 1089 naskhah.
Buku Garaj Aiman ini adalah tulisan beliau bersama isteri iaitu Puan Nor' Aini Mohamed Noor.