Artikel

Bahasa Melayu tercalar di bumi sendiri

oleh Helmi pada 21 Dec 2004

Tidak salah jika kita menguasai bahasa asing tetapi biar berpada-pada. Di mana silapnya? Apakah kita tidak yakin dengan diri sendiri? Jika ini berterusan, bahasa Melayu terus tenggelam, manakala bahasa Inggeris terus meraih populariti di bumi orang.

Pemikiran jumud yang perlu kita buang ialah anggapan orang yang boleh berbahasa Inggeris cukup hebat walaupun tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik. Apakah kita sudah cukup berjaya walaupun gagal menguasai bahasa rasmi dengan baik?

Apakah kita sengaja tidak mahu menggunakan bahasa Melayu kerana bimbang dianggap menjatuhkan maruah? Mengapa kita perlu bergantung kepada bahasa orang lain sedangkan bahasa kita berpotensi untuk berkembang maju?

Kalau kita boleh berbangga dengan warisan, kebudayaan dan segala yang ada di Malaysia untuk ditunjukkan kepada orang luar, mengapa tidak bahasa rasmi kita?

Lakukanlah sesuatu untuk mengangkat bahasa rasmi kita bukan saja di mata rakyat malah pada peringkat dunia. Jadikan bahasa Melayu setaraf bahasa utama lain. Usaha perlu dilakukan dari sekarang dan berterusan supaya usaha mencapai kejayaan pada masa akan datang.

AHMAD GHAZALI,
Muar, Johor.

Rujuk Berita Harian untuk artikel penuh.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024