Artikel
Revolusi Baru Libya
oleh [email protected] pada 23 Feb 2011
Sudah sekian lama Kolonel Moammar Gadhafi bertahan dan bertahan. Malah sudah terlalu lama beliau memegang tampuk pemerintahan bumi Libya. Setelah tumbangnya kerajaan Hoesni Mubarak di Mesir, kini muncul pula gelombang desakan yang berterusan di Libya dan Yaman.
Semenjak beliau mula berkuasa dalam rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah pada 1969, yang mana ianya telah menggantikan monarki Sanusi yang pro-barat, penguasa Libya telah mentadbir negara tersebut dengan pemerintahan kuku besi dengan tidak meninggalkalkan sedikit pun ruang untuk parti pembangkang menyekat Gaddafi.
Berbeza dengan penerimaan dunia barat, cara Gadhafi mengukuhkan lagi cengkamannya ke atas sistem otoritarian yang bukan hanya berpandukan kepada kuasa kekerasan yang tulen namun itulah yang menentukan faktor penting berkekalan tapi kepada dua faktor.
Satu adalah sistem rumit pecah dan perintah yang telah menyeimbangkan keluarga, puak-puak dan daerah-daerah di seluruh negara sesama sendiri. Yang kedua adalah menyelubungi dirinya dengan selimut anti-barat terutamanya anti-us, yang mana sekurang-kurangnya menjemput perhatian rakyat selepas legasi nasional yang menghancurkan termasuk era kolonial yang begitu kejam dan sistem monarki yang ternyata korup, secara ideal dan secara kewangan.
Kombinasi ini telah melindungi Jamahiriya Gadhafi, sebuah negara yang pada ramalan beliau diperintah terus oleh rakyatnya, yang menentang ketidakseimbangan dan terbukti tidak boleh disangkal sehinggalah minggu lalu
Setelah empat dekad lamanya, regim ini telah berhadapan dengan konfrantasi terbuka dengan dunia barat termasuklah pengeboman Tripoli dan Benghazi pada April 1986, beberapa siri sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat dan sekatan diplomatik multilateral dan juga sekatan ekonomi yang telah meminggirkan Libya di mata dunia. Ini termasuk juga perang dengan negara jiran, Chad yang memperkecilkan angkatan tentera Libya.
Di bawah tekanan kewangan dan diplomatik, Libya bersetuju pada tahun 2003 untuk menanamtkan program senjata merbahayanya, membayar ganti rugi untuk mangsa pengeboman nahas udara Lockerbie, Scotland 1988 dan membuka laluan untuk sessi damai dengan dunia barat.
Gadhafi juga berjaya menyekat beberapa cubaan untuk menumbangkan regim takulknya dan berjaya melupuskan semua kumpulan agama daripada pihak pembangkang dan sekular. Regim ini kelihatan begitu kebal, kalis daripada sebarang halangan dan serangan kepada pihak pemerintah.
Tapi yang berlaku hari ini adalah sebaliknya: demonstrasi besar-besaran di Benghazi dan di seluruh kawasan timur Libya dekat Cyrenaica. Rakyat Libya telah mempertarauhkan nyawa dalam salah satu peristiwa kebangkitan paling berdarah di negara tersebut. Pihak pro-Gadhafi pula bertegas akan melawan mereka yang memberontak biar apapun juga kesan dan akibatnya. Manakala Ghadafi pula mengisytiharkan beliau lebih rela 'mati syahid' menyelamatkan Libya dari desakan-desakan yang semakin hari semakin menular ini.
Siapa yang akan dapat menewaskan siapa, hanya masa dan keadaan sahaja yang akan menentukannya.
FM: Keadilan dan kebenaran di dunia hanya bersifat sementara, akhirat jualah penentu segala.