Artikel

Bengkel Penulisan Kanak-kanak Siri 1 Bahagian 1 Dapat Sambutan

oleh Helmi pada 22 Jul 2005

Bengkel ini adalah yang pertama kali di anjurkan oleh PTS One sejak ditubuhkan pada awal tahun ini. Kira-kira 40 orang peserta yang hadir pada bengkel ni dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan memberi fokus kepada penulisan buku-buku berbentuk novel motivasi kanak-kanak dan satu lagi fokus kepada penulisan berbentuk cerita fiksyen, hikayat dan nomik (novel komik).

Kumpulan pertama di kendalikan oleh Pn Ainon Mohd, Pengerusi Kumpulan Syarikat PTS dan kumpulan kedua dikendalikan oleh Pn Norhazizam, pengurus PTS One dan dibantu oleh Cik Nurismaliza @ Ann, Editor kanan.

Sepanjang bengkel ini, peserta di beri penerangan dalam beberapa aspek penerbitan dan penulisan buku kanak-kanak dalam PTS. Peserta juga diberi pengenalan ringkas berkenaan Undang-undang Hak Cipta dan bagaimana penulis boleh menjaga hak-hak mereka dari di ciplak atau menciplak karya orang lain. Sesi undang-undang ini merupakan sesi wajib dalam setiap bengkel yang di kendalikan oleh PTS.

Diakhir bengkel, peserta yang di bahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil telah di beri latihan asas bagaimana mereka hendak memilih bahan yang hendak di tulis. Melalui kumpulan-kumpulan kecil itu peserta membuat latihan sumbangsaran dan pembangunan idea.

Bagi penulis yang komited hendak menulis, mereka akan menghadiri satu lagi bengkel yang lebih khusus untuk melatih mereka menulis (bahagian 2). Bengkel yang kedua ini tidak dibuka kepada umum, sebaliknya beberapa orang peserta di pilih dari mereka yang telah menghadiri bengkel bahagian peratama dan menunjukan kesungguhan untuk menulis.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025