Artikel

Bengkel Suntingan Buku Agama Bukan Fiksyen

oleh Roziyah pada 19 Aug 2010

PTS, syarikat yang mengutamakan buku-buku berkualiti dan bermanfaat bagi pembaca menganjurkan Bengkel Suntingan Buku Agama Bukan Fiksyen kepada editor-editornya.

Penasihat Bahasa PTS, Prof. Emeritus Dr Abdullah Hassan memberikan garis panduan kepada editor-editor buku agama cara suntingan buku agama bukan fiksyen agar buku yang diterbitkan PTS kelak mecapai kualiti yang dikehendaki PTS.

Bengkel ini diberikan kepada editor-editor yang bertangungjawab menyunting karya-karya yang dihantar kepada PTS bagi diterbitkan.

Selain itu, editor-editor PTS juga diberi penerangan mengenai Bahasa Melayu Tinggi(BMT) yang menjadi keutamaan PTS.

Bengkel yang diadakan secara berterusan ini memberi peluang kepada semua editor PTS meningkatkan ilmu agar PTS terus menghasilkan buku yang berkualiti dan memberi ilmu berharga kepada pembaca.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025