Artikel

BICARA PENULIS : DR. T.ASMADI & PELANCARAN LAMAN WEB motivasialihanpelajar.com

oleh Helmi pada 03 Sep 2007

Di Pesta Buku MPH, pengunjung diberi potongan harga istimewa 15% bagi pembelian buku Motivasi Alihan Pelajar tulisan Dr. Tengku Asmadi, yang berlangsung dari 18 Ogos 2007 hingga 31 Ogos 2007. Selain itu, para pendengar setia bicara penulis ini juga dihadiahkan dengan goodies istimewa daripada PTS Millennia dan majalah tajaan MMP Communications. Program yang berlangsung lebih kurang dua jam ini menyaksikan Dr. Tengku Asmadi berkongsi input-input kecemerlangan belajar bersama-sama para hadirin yang hadir.


“Strategi pembelajaran aktif (SPA) menjadikan proses pembelajaran satu perkara yang menyeronokkan kerana melalui SPA pelajar tahu apa yang dilakukan semasa belajar, cara meningkatkan tumpuan belajar dan menghasilkan nota yang baik.” jelas Dr. Tengku Asmadi ketika menjawab soalan yang diajukan oleh perantara majlis tentang bagaimana mahu menjadikan belajar itu satu perkara yang tidak membosankan. Setelah berakhirnya sesi diskusi buku, laman web terbaru www.motivasialihanpelajar.com yang menyediakan ruang interaktif dan perbincangan antara pembaca dan penulis dilancarkan secara rasmi dengan kerjasama PTS Millennia Sdn. Bhd.


Sebelum majlis berakhir, Dr. Tengku Asmadi meluangkan masa untuk beramah mesra dengan pengunjung yang hadir dan menurunkan autograf sebagai tanda kenang-kenangan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025