Artikel

Bid’ah Perkara Paling Bahaya Dalam Agama, Penyebab Lahirnya Pelbagai Aliran Agama

oleh Asri Yussof pada 19 Oct 2016

Selama ini kita silap mendefinisikan Agama Samawi, hakikatnya hanya satu agama samawi, iaitu Islam. Yahudi dan Kristian tidak termasuk dalam agama samawi.

Ahmad Iqram Mohammad Noor menulis dalam buku terbarunya, Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha berasal dari Islam? Terbitan PTS Publishing House Sdn. Bhd.

buku Iqram

MENARIK: Beli online di Bookcafe.com.my lebih jimat, cepat dan selamat

MENARIK: Sejauh mana kita kenal agama kita dan agama-agama lain di Malaysia

Allah berfirman dalam surah Ali Imran, ayat 19

Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang diberi Al-Kitab (sebelum al-Quran) kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) antara mereka. Sesiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah, sesungguhnya Allah begitu cepat hisab-Nya.

Nabi bersabda,

Para Nabi itu bersaudara, ibu-ibu mereka berlainan dan agama mereka satu. (satu agama Islam).

Tambah Iqram lagi, perkataan samawi itu simbolik kepada agama yang diturunkan oleh Allah swt. Ini kerana samawat itu bermakna langit.

Persoalannya , adakah Allah swt menurunkan agama Kristian yang mendoktrinkan konsep triniti dan mendakwa Nabi Isa a.s. anak-Nya? Siapakah utusan Allah swt yang mendakwa diri mereka membawa ajaran Yahudi dan Kristian?

Krisitan

Gambar hiasan
Apa yang dimaksudkan dengan Bid’ah?

Bid’ah yang disebut oleh Imam Syatibi adalah,

Cara dalam agama yang diada-adakan, menyerupai syariat. Maka hal ini tertumpu kepada masalah akidah dan ibadah sahaja. Perkara baru yang direka menyerupai syariat tetapi tidak memiliki suruhan dan anjuran dalam perkara akidah dan ibadah, inilah yang dinamakan Bid’ah.

Kewujudukan Hindu, Buddha, Yahudi dan Kristian yang berpecah dari ajaran asal adalah diakibatkan terdapatnya kelompok yang mengubah ajaran daripada ajaran yang asal (Tauhid), maka ia berubah menjadi agama-agama yang wujud pada hari ini.

4 agama

Gambar hiasan

MENARIK: Tafsir Al-Quran secara Ekstremis, ISIS beri tanggapan buruk terhadap Islam

MENARIK: 4 Peristiwa dalam bulan Islam yang anda perlu tahu

Ketika program diskusi bersama penulis di Hidayah Centre, Bandar Tun Razak, beliau membincangkan tentang agama Hindu pada hari ini yang berlaku perubahan dari ajaran asal (Tauhid) yang juga diakibatkan oleh perkara-perkara Bid’ah yang wujud.

Program di Hidayah Centre

Penulis, Ahmad Iqram ketika diskusi di Hidayah Centre, Bandar Tun Razak

Kitab Veda adalah kitab yang mengajarkan tentang kefahaman Tauhid (atau Monotisme). Veda mula ditulis disebabkan oleh pengaruh orang-orang Aryan dari Mesopotamia yang membawa ajarah Tauhid Nabi Ibrahim.

mesopotamia

Di mana Mesopotamia terletak

Kenapa Nabi Ibrahim? Penulis memberitahu, dalam Bible, Nabi Ibrahim ditulis, dilahirkan di Mesopotamia. Beliau mengajarkan Tauhid kepada orang-orang Aryan di sana.

bible

Kitab Bible

Selain Veda, kitab Upanishad juga ditulis pada zaman Vedik. Ketika ini, ajaran Tauhid ini belum dinamakan sebagai Hindu.

Beliau memetik dari Jawaharlal Nehru, dalam bukunya Discovery of India, perkataan Hindu pertama kali digunakan, oleh bangsa Parsi yang merujuk kepada kawasan Sungai Indus. Mereka menamakan sebagai Hindus.

Jawaharlal Neru bersama Ghandi

Jawaharlal Neru bersama Ghandi

Berlaku polemik dalam kalangan ilmuan agama Hindu terhadap nama kepada ajaran yang dianuti oleh penganut Hindu yang percaya kepada Kitab Veda. Penganut yang terawal lebih gemar dengan nama Vedanta yang bermaksud orang yang mengikuti kitab Veda.

kitab Veda

Petikan dari Kitab Veda

Ada juga yang menamakan sebagai Sanatana Dharma yang bermaksud Kebenaran Abadi (Natural law). Mereka juga sinonim dengan nama agama Brahma. Manakala perkataan Hindu itu tidak disepakati oleh ilmuan mereka.

Ajaran dari Kitab Veda yang membawa ajaran Tauhid mula berubah selepas peralihan zaman. Dari zaman Vedik ke zaman Puranik. Zaman Puranik ini bermulanya zaman melukis dan mengukir patung dewa-dewi. Lahirnya ajaran Avatar (jelmaan Tuhan) dan tertulis kitab Brahman.

Avatar

Konsep Avatar dalam agama Hindu

Kedatangan Nabi terakhir, Nabi Muhammad menutup pembaharuan dalam ajaran agama dengan banyak hadis,

Amma Ba’du. Maka sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad. Seburuk-buruk perkara adalah perkara bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat. - Hadis direkod oleh Imam Muslim (6/242)

Lagi dalam hadis Nabi,

Sesiapa yang mengamalkan suatu amalan yang tidak termasuk dalam urusan agama kami, maka hal itu tertolak. - Hadis direkod oleh Imam Muslim (4468)

Lagi,

Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baru dalam agama kami padahal ia tidak ada asalnya (dalam agama), maka sesuatu itu tertolak. - Hadis direkod oleh Imam Al-Bukhari (2697) dan Muslim (4467)

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024