Artikel

Bigfoot di Nusantara dikenali sebagai Hantu Jarang Gigi atau Mawas.

oleh ikashoid pada 12 Oct 2022

Apa nama lain Bigfoot? Bigfoot di Nusantara dikenali sebagai Hantu Jarang Gigi atau Mawas. Makhluk yang seakan-akan manusia tetapi badan dipenuhi bulu dan tinggi.

Penduduk tempatan daerah Bekok gusar dengan kehilangan beberapa gadis remaja yang kononnya dikatakan diculik oleh hantu jarang gigi.—

Tambahan, Ghazali (renjer hutan) yang baru saja berpindah di daerah tersebut bersama dengan anaknya, Adam. Adam yang cacat pendengaran & buta sebelah matanya bersahabat dengan Shukor & Amri. Kes kehilangan gadis yang hilang di hutan Endau Rompin itu telah membuatkan Shukor & Amri merancang untuk masuk ke hutan tersebut untuk mencari mangsa. Namun, apa yang terjadi selepas itu memang tidak masuk akal! Apa agaknya yang terjadi? Benarkah memang wujudnya Hantu Jarang Gigi?

Secara ringkas, sebagai pembaca cerita seram yang sangat cerewet. Saya sangat sukakan dengan siri Hantu Jarang Gigi ini. Satu kelainan dari segi jalan cerita, plot twist dan juga aksi-aksi yang suspen & membuatkan rasa tidak senang duduk. Dengan diceritakan secara terperinci bagaimana keadaan mangsa, cara pelaku melakukan & sebagainya. Terbaik!

Banyak perkara yang tak dijangka sepanjang pembacaan.
Otak blank lepas habis bacaan. Mindblowing.
Agak lama saya reading slump sebab susah nak move on dengan Hantu Jarang Gigi ini. Selain Imaginary Friend. Ini kegemaran saya 💚

Idea penulis untuk setiap siri memang tidak boleh disangkal lagi. Brilliant! Buktinya walaupun penulis memperkenalkan watak baru untuk Hantu Jarang Gigi ini tapi sebagai pembaca yang mengikuti siri ini, saya tidak rasa terganggu dengan penambahan watak malahan semakin teruja kerana setiap siri seolah-olah saya bermain puzzle. Penuh dengan tanda tanya dan klu yang samar-samar. Rasa seperti sudah dapat menjawab persoalan namun hakikatnya masih jauh lagi puzzle-puzzle dapat diselesaikan. Susunan cerita yang baik. Mudah difahami. Yang penting feel seram itu ada.

4.5 ⭐️ sebab masih ada lagi persoalan yang tidak terjawab. Hari-hari fikir bila next buku nak keluar. Haha.

View this post on Instagram

A post shared by SS || 🇲🇾 (@ikashoid)

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024