Artikel

Be Like Muhammad: Rasulullah S.A.W. Suri Teladan Sepanjang Zaman

oleh Farah Liana Nordin pada 05 Oct 2022

“Sesungguhnya, pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah dengan banyak (dalam masa susah dan senang).” (Al Ahzab: 21).

12 Rabiulawal merupakan tarikh yang cukup istimewa dan menjadi tarikh penting yang tercatat dalam kalendar Islam di mana lahirnya junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Kelahiran Baginda membawa rahmat kepada sekalian alam dan merupakan utusan Allah s.w.t. yang terakhir dalam menyampaikan risalah Islam.

Sirah telah memperlihatkan peribadi dan perilaku junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dalam menjalani kehidupan seharian. Baginda mempamerkan serta mengamalkan akhlak yang terpuji bukan hanya ketika berhadapan dengan kawan bahkan ketika berhadapan dengan lawan. Dalam menegakkan syiar Islam, ujian datang silih berganti namun semuanya berjaya diharungi dengan pegangan iman serta akidah yang tidak goyah. Setiap tindak-tanduk Baginda menjadi contoh serta ikutan sehingga ke hari ini.

Istimewa sempena bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., PTS Media Group mengadakan kempen Be Like Muhammad yang berlangsung selama sebulan bermula 1 sehingga 31 Oktober 2022. Menerusi kempen ini, setiap pembelian buku yang terpilih sebanyak RM50 berpeluang untuk mendapat sebuah buku kompilasi Mutiara Hikmah Rasulullah s.a.w. nukilan Ustazah Amiratul Huda, Ustazah Farhana Azmi dan Ustazah Hana Mustaffa secara percuma selagi stok masih ada.

Buku kompilasi ini memuatkan mutiara hikmah dalam sirah, sunnah, muamalat dan dalam kalangan sahabat Rasulullah s.a.w.. Yang lebih menariknya lagi mengenai buku kompilasi ini, saiznya yang kecil memudahkan pembaca untuk membawanya ke mana sahaja. Ia sesuai dijadikan bahan bacaan bagi mengisi masa senggang yang ada.

Mengangkat tema Be Like Muhammad, Jadilah Seperti Muhammad dalam kempen kali ini, sebanyak 20 buah buku ditawarkan yang menampilkan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. sebagai suri tauladan sepanjang zaman tidak kira dalam apa jua aspek, baik dari segi keperibadian, kepimpinan, kesihatan, keibubapaan dan gaya hidup.

Kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Ayuh sama-sama kita menyuburkan kecintaan kepada kekasih Allah ini dengan menelusuri kehidupan Baginda serta meneladani peribadi Baginda. Meskipun junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. telah lama meninggalkan kita namun ajaran dan sunnah Baginda s.a.w. masih kekal relevan sehingga ke hari ini bahkan ia menjadi panduan yang sangat penting dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan liku dan cabaran.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran buku kompilasi Mutiara Hikmah Rasulullah s.a.w. secara percuma dengan pembelian minimum RM50 di kedai-kedai buku terpilih berhampiran anda. Ini termasuklah Kedai Buku PTS, Kedai Borong PTS, MPH, SMO, dan lain-lain. Anda juga boleh membuat pembelian secara dalam talian di bookcafe.com.my atau Shopee dan Lazada BukuPTS atau Shopee Kedai Borong PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024