Artikel

Kepentingan menjaga alam dengan lebih baik dan mudah melalui buku.

oleh nurulsyifaa.msa pada 19 Oct 2022

Hai semua. Alhamdulillah hari ini Aiesya ada buku baru nak kongsikan. Buku ini dalam siri ‘’Sayangi Alam’’ dari @pts.jr Ada 6 buah buku dalam siri ini.

1. Kenapa kita perlu HENTIKAN PENCEMARAN UDARA

2. Kenapa kita perlu LINDUNGI KEHIJAUAN

3. Kenapa kita perlu JIMATKAN AIR

4. Kenapa kita perlu KURANGKAN SISA BUANGAN

5. Kenapa BUMI SEMAKIN PANAS

6. Kenapa kita perlu JIMATKAN TENAGA

Bagi Syifaa kan, buku ini sangat bagus kerana dengan ada nya buku ini dapat lah kita terangkan kepada anak-anak kepentingan menjaga alam dengan lebih baik dan mudah untuk mereka faham.

Alam ini merupakan tempat tinggal segala kehidupan termasuklah manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Tanpa alam ini, kehidupan tidak akan berlaku. Makhluk yang hidup memerlukan habitat atau tempat tinggal, tempat membiak dan tempat untuk mendapatkan makanan. Jadi alangkah baik nya bila anak-anak kita mendapat pendedahan awal tentang pentingnya penjagaan Alam. Supaya dapat memupuk rasa sayang dan cinta kepada alam sejak dari awal.

100% Syifaa cadangkan buku ini untuk ilmu bermanfaat kepada anak dan mudah untuk mereka fahami. Jangan lupa dapat kan buku ini dan siri lain dari @pts.jr juga.

View this post on Instagram

A post shared by Rumah Azrin, Syifaa & Aiesya 🤍 (@nurulsyifaa.msa)

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024