Artikel
Bilik Jabatan Pemasaran PTS ‘Kena Pecah’
oleh Helmi pada 28 Oct 2009
Petang Selasa, tepat jam 3 petang, 5 lelaki memecahkan dinding bilik Jabatan Pemasaran PTS di Batu Caves. Jangan salah sangka. Mereka berlima bukan menjalankan kerja-kerja tidak bermoral. Tetapi sebenarnya mereka berlima adalah pekerja daripada sebuah syarikat kontraktor yang menjalankan kerja-kerja renovasi pejabat editorial yang baru.
Petang ini, mereka diminta membuka dinding bilik jabatan pemasaran yang kini sudah padat macam sardin memuatkan 12 orang staf. Apabila dinding sedia ada dibuka nanti, Jabatan Pemasaran akan ada ruang tambahan bagi memuatkan staf baru yang dijangka akan bertambah menjelang hujung tahun ini dan awal 2010.
Selepas ini, bilik jabatan pemasaran akan bertukar konsep menjadi 'open office'. Ini memudahkan semua staf berkomunikasi tanpa adanya sebarang halangan dinding. Kerja-kerja membuka dinding ini dijangka selesai dalam tempoh 2 hari.