Artikel
Tahniah Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan; Sasterawan Negara
oleh [email protected] pada 21 Oct 2009
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS) mengucapkan tahniah kepada tokoh sastera dan bahasa Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan atau nama penanya Anwar Ridhwan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-10. Anugerah yang bermula tahun 1979 itu, dianugerahkan kepada penggiat sastera bahasa Melayu yang memberi sumbangan cemerlang.
Tokoh Sasterawan Negara sebelum ini ialah Allahyarham Kamaludin Muhammad atau Keris Mas (1981), Shahnon Ahmad (1982), Allahyarham Datuk Dr Usman Awang (1983), Datuk A.Samad Said (1986), Muhamad Abdul Biang atau Arena Wati (1988), Prof Dr Muhammad Salleh (1991), Datuk Noordin Hassan (1993), Datuk Abdullah Hussein (1996) dan S. Othman Kelantan (2003).
PTS melahirkan rasa gembira akan perkembangan positif dunia buku dan berusaha meningkatkan kuantiti dan kualiti buku setiap tahun. Semoga usaha itu, membangunkan industri buku dan meningkatkan semangat membaca kalangan khalayak.