Artikel

Borong Buku Murah di Pesta Buku Lelong

oleh Maisarah Hanim Afandi pada 20 Dec 2021

Era pasca pandemik membawa bersama masalah ekonomi yang merundum yang membawa kejutan kepada seluruh dunia. Ini termasuklah industri buku, peningkatan harga kertas, harga buku turut terima tempiasnya. Kini, pembaca terpaksa berfikir dua kali sebelum membuat keputusan untuk membeli buku pilihan mereka. Sudah tentu para pembaca mencari cara lain untuk membeli buku dengan harga yang murah.

Pesta Buku Lelong merupakan alternatif terbaik kerana pesta ini diadakan untuk membantu para pembaca mendapatkan buku-buku dengan harga yang murah. Pesta Buku Lelong ini menjual buku-buku terbitan PTS dengan diskaun bermula 50%. Terdapat juga buku-buku yang dijual dengan harga RM1 setiap naskhah. Pesta Buku Lelong ini berlangsung di Gudang Buku Lelong bertempat di Lot 26, Jalan DBP 3, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor. Pesta Buku Lelong ini beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9:30 pagi sehingga 5:00 petang.

Sepanjang tiga bulan pesta buku ini berlangsung bermula dari 20 Oktober 2021 sehingga 17 Disember 2021, sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Ada yang datang dari Johor semata-mata ingin melihat sendiri buku-buku dan tawaran yang ada. Di samping itu, ada yang memborong dua kotak buku sekaligus dan tidak kurang juga, ada yang mencari rezeki tambahan dengan menjadi pembeli peribadi. Hal ini kerana, terdapat permintaan tinggi dari seluruh Malaysia yang mencari servis pembeli peribadi Pesta Buku Lelong.

Pesta Buku Lelong ini menjual pelbagai genre buku dengan harga promosi bermula dari 50% diskaun. Antara genre yang dijual adalah Bisnes dan Kewangan, Hamka, Keibubapaan, Kesihatan, Bantu Diri, Motivasi, Spiritual, Agama, Fatwa Kontemporari, Sains Fiksyen, Resipi, Seram, Sherlock Holmes, Komik-M, Backpacker, Bookiut, Young Aisyah, dan buku latihan untuk kanak-kanak. Selain daripada diskaun 50%, terdapat juga buku-buku yang dijual dengan harga serendah RM1, RM2, RM3, RM4 dan macam-macam lagi.

Terdapat juga banyak hadiah percuma yang diberikan kepada para pembeli. Antaranya, penanda buku istimewa Sherlock Holmes, Bookiut dan PTS, kalendar 2022 Komik-M dan Bookiut, beg ‘non-woven’ Komik-M, dan percuma buku resipi. Semestinya, tidak ada pelanggan yang pulang dengan tangan kosong.

Tambahan pula, pesta buku ini turut berlangsung secara atas talian dan ini memudahkan mereka yang jauh untuk turut serta memeriahkan dan membeli sepanjang pesta berlangsung. Bagi yang duduk berdekatan Lembah Klang, mereka boleh singgah terus ke gudang dan bagi mereka yang jauh, melalui satu klik sahaja, mereka boleh membeli buku-buku di Pesta Buku Lelong. Segalanya di hujung jari.

Terima kasih kepada semua pengunjung Pesta Buku Lelong 2021. Selamat menikmati buku-buku yang telah anda peroleh semasa di sini. Jangan lupa untuk ikuti media sosial Pesta Buku Lelong di Instagram (@bukulelongonline), dan Facebook (Buku Lelong) supaya anda tidak terlepas promosi dan tawaran yang menarik.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024