Artikel

Tahun Baru 2022: Bangkit dan Bina Semula

oleh Nadirah Hanis pada 16 Dec 2021

Masa yang terbaik untuk berubah ialah sekarang. Masa kedua terbaik ialah pada tahun baharu. Tahun 2022 akan menjengah tidak lama lagi. Semestinya kita tidak mahu mensia-siakan tahun baharu ini, bukan?

Mengimbau kembali segala perit jerih sepanjang tahun 2021, inilah masanya untuk kita bangkit dan bina semula!

Bersempena tahun baharu 2022 ini, PTS menawarkan buku-buku yang anda boleh baca untuk membangkitkan motivasi, merancang, membina kemahiran dan terbang terus melalui Kempen Promosi Tahun Baru 2022: Bangkit dan Bina Semula.


Sebanyak 16 buah judul menarik tersedia untuk anda yang ditulis oleh pengarang-pengarang terkemuka dari dalam dan luar negara, antaranya Ainon Mohd, Zamri Mohamad, Ustaz Zul Ramli M. Razali, Afyan Mat Rawi, Charles Duhigg, Tony Robbins, Miftahul Asror Malik dan ramai lagi.

Antara kategori buku dalam promosi ini:

  1. Motivasi - bangkitkan motivasi anda untuk melihat ke hadapan dan mengambil iktibar daripada masa lalu.

    1. Don’t Worry Allah Lebih Tahu Yang Terbaik
    2. Jangan Buat Baik, Buat Terbaik
    3. Seni Mengubah Nasib
    4. Goodbye Sedih Dan Kecewa

  2. Merancang - bangkit merancang untuk mengatur kehidupan. Kita perlu ada perancangan untuk jangka masa setahun, setiap bulan dan setiap hari.

    5. Seni Berfikir Kreatif untuk Bisnes dan Hidup
    6. Anak Muda Bebas Hutang
    7. Bijak Merancang Wang
    8. Memulakan Bisnes Sendiri
    9. Money Master The Game - Edisi Bahasa Melayu

  3. Kemahiran - bangkit dengan kemahiran masa hadapan. Berimpian sahaja tidak cukup, kita perlu juga asah kemahiran diri. Kemahiran sebagai alat untuk melonjakkan diri mencapai matlamat.

    10. The Art of Copywriting
    11. The Art of Story Telling
    12. Berani Speaking

  4. Terbang terus! - Jalan terus, jangan ragu-ragu, jangan teragak-agak. Bertindak sekarang.

    13. Grit - Edisi Bahasa Melayu
    14. The Power of Habit - Edisi Bahasa Melayu
    15. The Richest Man in Babylon (Edisi Bahasa Melayu)
    16. Think and Grow Rich

Bagi merancang dan membina kehidupan baharu ini, selain daripada judul-judul buku yang menarik, PTS turut menawarkan anda kalendar meja 2022 percuma apabila anda membeli mana-mana buku dalam senarai buku promosi ini. Kalendar eksklusif ini terhad sekeping untuk setiap pembeli, selagi stok masih ada. Jadi, jangan lepaskan peluang!

Dapatkan buku dan kalendar bermula 15 Disember 2021 sehingga 16 Januari 2022 di mana-mana kedai buku terpilih berhampiran anda. Ini termasuklah Kedai Buku PTS, Kedai Borong PTS, MPH, SMO, Hasani, dan lain-lain. Mahu mendapatkannya secara atas talian? Dapatkan di bookcafe.com.my atau Shopee dan Lazada BukuPTS atau Kedai Borong PTS.

Ayuh tingkatkan budaya membaca pada tahun 2022 ini. Semoga dengan membaca lebih banyak buku, kita dapat mendepani cabaran dengan lebih baik dan terus maju ke hadapan.

Terima kasih 2021, selamat datang 2022!

#BangkitdanBinaSemula #PromosiTahunBaru2022PTS #bukutahunbaru #kalendarmeja2022PTS #bukupts #putehpress #21tahunmemandaikanbangsa

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024