Artikel

Buat hutang rumah sebelum beli kereta - tips untuk anak muda yang merancang kewangan

oleh Asri Yussof pada 10 Apr 2019

Ramai anak muda selepas berjaya mendapat kerja pertama, rata-rata dari mereka akan membeli kereta. Adakah membeli kereta sebuah keperluan ataupun keinginan? Soalan yang sering bermain di fikiran mereka yang baru bekerja, “Beli rumah atau kereta dahulu?”

Dalam bab ini, Dr. Badrul Hisham, Pengarah Urusan di firma Badrul & Co, mempunyai pengalaman meluas dalam bidang hartanah, pengurusan kewangan, khidmat latihan dan perbankan berkongsi mengenai hal ini dalam buku terbarunya Anak Muda Bebas Hutang.


Untuk menjawab soalan beli kereta atau rumah dahulu, mari kita lihat nilai susut untuk kedua-dua keperluan ini. Harga kereta akan menurun sebanyak 10% setahun. Selepas 5 tahun, nilai kereta akan turun 50%. Harga rumah pula akan terus meningkat sekitar 5% setahun.

Dr. Badrul di dalam buku ini juga menerangkan tentang kadar pembiayaan pinjaman dan nisbah hutang pendapatan. Katanya, walaupun kadar pembiayaan pinjaman kereta nampak rendah seperti 2.8% setahun, tapi kadar efektifnya adalah dua kali ganda iaitu 5% menurut kiraan semasa. Berbeza dengan rumah, kadar efektif pembiayaan pinjaman rumah pula sekitar 4% sehaja.



Dengan contoh kita bergaji RM3000 sebulan, kita mampu membayar ansuran bulanan sehingga RM1000 sebulan. Adakah kita akan memilih pinjaman kereta RM50000 selama 5 tahun ataupun pinjaman rumah RM200000 selama 20 tahun?

Jadilah orang yang bijak dalam membuat pilihan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024