Artikel

5 hari menuju bulan Ramadan yang mulia, sudahkah kita bersedia?

oleh Asri Yussof pada 30 Apr 2019

Menjelang lima hari lagi, bagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadan yang mulia. Satu bulan yang cukup dinanti-nantikan kerana ganjaran ibadan dan kebaikan pada bulan ini digandakan oleh Allah swt.

Allah berfirman di dalam Al-Quran,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَ بَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَ الْفُرْقَانِ

“Bulan Ramadhan yang di dalamnya –mulai- diturunkannya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang nyata yang menunjuk kepada kebenaran, yang membedakan antara yang haq dan yang bathil.” (Surah Al-Baqarah, ayat 185)

Perkara paling penting untuk kita bersedia adalah, bersedia dengan ilmu dan maklumat yang secukupnya. Ilmu adalah segala-galanya. Ilmu bermula dengan membaca dan ia meluas dengan berguru. Allah berfirman di dalam Al-Quran, surah Al-Mujadilah ayat 11, “Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”

Berapa ramai dari kalangan umat Islam yang bekehendak syurga dengan cara yang cepat dan terpengaruh dengan propaganda pengganas, mereka pergi menyertai kumpulan tentera pengganas yang tidak belas simpati kepada kanak-kanak yang berhak untuk hidup dan mendapatkan pendidikan yang sempurna.

Karya-karya Buya HAMKA
Karya-karya Buya HAMKA



Sebilangan yang tidak mempunyai cukup ilmu akan mudah terpengaruh dengan propaganda “Syurga untuk kamu”, “Marilah Syahid dan mendapatkan syurga”. Sedangkan suruhan pertama Allah kepada Nabi Muhammad saw adalah dengan “Baca” “bacalah dengan nama Tuhanmu”. Angkara semuanya mahu cepat (Syurga instant) maka ada yang berfikiran jihad berperang adalah jalan yang paling baik.

Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba ini, selain dari kita memandang anak-anak yatim dan keluarga miskin yang memerlukan bantuan dan zakat, tidak lupa juga kita kepada anak-anak kecik di Yaman,yang di bom oleh kerajaan Arab Saudi. Anak-anak ini tidak bersalah malah tidak diberikan hak untuk hidup, hak untuk bersekolah, malah mereka terdesak dengan kekangan air bersih dan makanan yang segar.

Jika kita tidak boleh memberikan bantuan kewangan kepada mereka ini, janganlah di bulan yang mulia ini kita menjadi orang-orang yang membazirkan makanan. Oleh sebab kita lapar dan mahu berbuka puasa dengan makanan yang lazat dan enak, sehinggakan kiita menjadikan membuang makanan itu satu kebiasaan.

Selamat mennyambut bulan Ramadan!
Selamat mennyambut bulan Ramadan!



Selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia! Jadi orang lebih berilmu dan banyakkan amal ibadah.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024