Artikel

Diskaun sehingga 60%, Pavilion PTS jadi buruan Pembaca di Pesta Buku Antarabangsa 2019

oleh Abdullah pada 04 Apr 2019

Setiap tahun di Pavilion PTS akan menawarkan buku-buku baru yang segar dan diskaun-diskaun yang mencanak untuk semua pembeli dan pengunjung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC tahun ini.

Lebih 20 buah buku baru yang dicetak dan diterbitkan sempena Pesta Buku pada tahun ini, antaranya Amalan Yang Mengundang Rahmat Allah karya Ustaz Jafri Abu Bakar, Karut karya Ahmad Iqram Mohamad Noor, Siri Cerita Hantu: Puaka Rumah Sewa, BTS Icon K-Pop, Imperia karya Ahmad Patria dan banyak lagi tajuk lain.

Setiap tahun Pavilion PTS kekal menjadi gerai kunjungan yang ramai setiap hari. Dari pelajar sekolah rendah sehingga ke warna emas. Dengan ‘tagline’ yang masih sama dan segar “Buku Untuk Semua.”


Para pengunjung boleh mendapatkan buku-buku yang terpilih di Pavilion PTS dengan diskaun setinggi 60%. Banyak buku-buku yang masih segar untuk dibaca dan buku-buku baru mengikut selera tahun 2019.

Buku kanak-kanak seperti siri Young Aisyah, dan komik-komik bermutu tinggi dari Komik-M menjadi seleksi pilihan ibu bapa dan keluarga yang datang bersama-sama di PWTC pada tahun ini.

Top 10 buku terlaris di Pavilion PTS sempena PBAKL 2019
Top 10 buku terlaris di Pavilion PTS sempena PBAKL 2019


Pesta Buku pada tahun ini bakal melabuhkan tirai pada ahad ini, 7 April. Anda masih sempat dan berpeluang untuk merancang perjalanan ke PWTC bersama teman-teman dan keluarga untuk mendapatkan seleksi pilihan buku-buku terbaik dengan harga lebih rendah daripada biasa.

Pavilion PTS terletak di Dewan Tun Razak 3, PWTC bersama-sama dengan rakan-rakan penerbit lain seperti Iman, Dubook Press, Tarbiah Sentap, Komik-M dan Buku Fixi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024