Artikel

Buku Agama PTS Laris di PGN Media

oleh Roziyah pada 20 Aug 2010

Buku-buku agama keluaran PTS menjadi bahan yang sentiasa dicari oleh pelanggan yang datang ke kedai buku PGN Media.

Kedai buku yang terletak di No.71 Kompleks Pknp Medan Gopeng 5, Jalan Lapangan Terbang, Ipoh, Perak ini menyokong keras usaha PTS yang menyediakan bahan promosi kerana bahan ini membantu kedai mereka.

Menurut Eksekutif Pengurusan PGN Media, Cikpuan Adlia berkata bahan promosi yang diberikan PTS memberi peluang kepada kedai PGN meningkatkan jualan.

"Promosi giat yang dijalankan PTS menjadikan pelanggan mengenali kedai kita sekaligus memudahkan kita mempromosi buku-buku yang ada di kedai ini," jelas cikpuan Adlia.

Cikpuan Adlia berkata, pelanggan di kedai buku PGN rata-ratanya gemar memilih buku-buku agama dan kaunseling memandangkan jualan bagi buku-buku tersebut meningkat di kedai beliau.

Selain itu buku resipi PTS juga sering menjadi pilihan pembeli yang datang ke kedai PGN Media.

Beliau juga memuji kemudahan bahan promosi yang disediakan PTS.

"Bahan-bahan promosi yang disediakan memudahkan kita bagi pihak pekedai. PTS secara tidak langsung sudah membantu menjalankan promosi kedai ini sekaligus menarik lebih ramai pelanggan ke kedai kami," jelas cikpuan Adlia lagi.

Beliau yang gembira dengan promosi yang disediakan PTS berharap usaha ini diteruskan dari semasa ke semasa bagi menarik lebih ramai pelanggan dan membeli buku-buku di kedai buku PGN Media.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025