Artikel
PTS Litera Rancang Terbitkan Novel Humor Dunia Kerjaya
oleh Roziyah pada 20 Aug 2010
Pengurus PTS Litera Utama, Puan Asma Fadila Habib
Salah sebuah anak syarikat PTS iaiti PTS Litera Utama Sdn. Bhd kini dalam rancangan menerbitkan genre baru bagi memeriahkan dunia penulisan di Malaysia.
Menurut Pengurus PTS Litera Utama, Puan Asma Fadila Habib, PTS Litera Utama bakal menerbitkan novel ringan genre humor dalam dunia kerjaya.
Beliau juga turut membuka peluang kepada penulis-penulis baru atau lama di luar sana bagi menghasilkan novel humor ini.
Ciri-ciri novel humor kerjaya yang ingin diterbitkan adalah berkaitan kisah benar tentang dunia kerjaya orang 'kecil' seperti tukang pembuat roti, pemandu lori, penyembelih ayam, pendandan rambut, dan sebagainya.
Novel berkenaan juga harus ditulis dengan bacaan ringan dan menyerapkan gaya humor dalam karya tersebut.
Kepada yang berminat dimohon menulis email kepada Puan Asma di [email protected].