Artikel

Buku fantasi tapi ‘comfort read?’

oleh sugarspicewhatevernice pada 13 Sep 2022

Usaha penulis menyampaikan sebuah cerita fantasi, tidak dilupakan unsur tradisi kerajaan lama dengan putera puterinya serta naga gagah perkasa sememangnya membuahkan hasil kerana ini adalah satu karya yang mengasyikkan! Dalam erti kata lain, you can read this in one sittingšŸ˜„


Tidak perlu untuk aku cerita panjang sinopsisnya cuma aku boleh katakan kalau kalian suka Daughter of The Moon Goddess, kalian pasti suka juga akan buku ini. Persamaan yg boleh dilihat seperti watak utama perempuan yang mencari arah tuju hidupnya, punya kesaktian yang tidak diketahui selama ini, bertemu putera raja & bertuankan naga. Bezanya, PNT ini tiada unsur romantik (little to none) tapi boleh bikin merah padam juga bila Basilius berkata ā€œSulaku yang manisā€šŸ¤­

Ramai menggemari genre fantasi kerana kebebasan minda untuk melangkau jauh dari realiti. Begitu juga dengan mindaku ketika membaca karya ini. Babak2 Cdrama bermain di benak fikiran, mungkin atas faktor kebiasaan melihat adegan tersebut di layar TV di mana kezaliman menuntut yang bukan hak ditambah pula dengan penguasa yang tidak berdaya. Aku sangat suka elemen fantasi; sistem magis & ā€œworld-buildingā€ buku ini. Disulam dengan teliti, dibelai penuh gemalai. Ku sangkakan hikayat seluruh semesta rupanya hanya setitik benua yang diceritakan. Aku pasti kalian akan asyik dengan pentas dunia yang dipersembahkan walaupun aku akui pada mulanya agak sukar untuk dihadam atas faktor bahasa (laras bahasa KOMSAS). Tapi alah bisa tegal biasa

Aku amati pembinaan dunia PNT mengadaptasi kisah Adam-Hawa & Habil-Qabil. Selain itu, pembentukan kerajaan Tiberius juga menggunakan asas kewujudan petempatan tamadun Indus dengan sistem hierarki tamadun Hwang Ho (aku rasa ini yang paling sama, nanti rujuk semula dengan penulis)

Mungkin kerana diceritakan dari sudut pandang Sula, aksi pertempuran dirasakan tidak sengit, kurang terperinci & berlaku dalam sekelip mata. Bahkan pertemuan Sula-naga Tibb juga singkat & hampir tiada cabaran. Kurang ā€˜umphā€™ di situ

Namun begitu, 3 sebab yang menguatkan aku untuk sambung siri ini, perkembangan watak Sula, hubung kait Sula & Basilius pada masa depan & latar dunia Benua Empat Bahtera

P/s: Sedikit ā€œguideā€, buku ini kalian kena baca setiap patah perkataan shingga muka akhir!

View this post on Instagram

A post shared by Yeong āž° (@sugarspicewhatevernice)

Hakcipta Terpelihara ā€¢ PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) Ā© 2000 - 2025