Artikel

Terus terpikat sebab cerita fantasi Melayu dengan kisah naga

oleh itsmyshoten_reads pada 13 Sep 2022

Kisah ini mengisahkan cerita hidup seorang hamba bernama Sula yang menjadi pakar membuat racun. Tapi akal sihatnya membawa Sula pergi jauh daripada terjebak terus dalam menjadi sumber kepada kematian insan yang tidak diketahui.

Larinya Sula membawa dia bertemu dengan Putera Mahkota Tiberius yang bernama Basilius. Anak raja yang menyelamatkan dia itu membuka ruang Sula mengejar impian dia untuk berguru dengan Emery, tukang ubat yang menginap di Tasik Magor.

Tapi kisahnya tak mati di situ. Kesahihan salasilah keluarga Sula membawa dia memperjuangkan tanah tumpah darah mereka bersama-sama dengan Basilius.

Dan demi janji yang dilakukan sebagai tukar ganti kepada selamatnya satu nyawa, Sula terpaksa menanggung kesan janji yang diakad. Dia akan dilupakan oleh semua kecuali satu orang yang diselamatkannya.

Overall, mula-mula baca aku macam dah tak sedap hati. Alamak, banyaknya watak dalam buku ni! Jadi tips dia, kau kalau nak baca buku fantasi, sila baca dalam keadaan sunyi sepi dan aman tenteram. Then, baru semua input dapat menyerap dengan baik. Aku suka dengan konsep cerita ini yang sangat unik dan seolah-olah tengah tengok movie/baca buku fantasi Inggeris yang mewah dengan setting masa, watak dan bahasanya. Cuma bagi aku, kalau dipanjangkan dan diperincikan sikit bab perang mungkin akan jadi lebih menarik dan kalau emosinya digarap dengan lebih mendalam, mesti lagi best! Apa-apapun highly recommended untuk mereka yang sukakan genre fantasi!erus terpikat sebab cerita fantasi Melayu dengan kisah naga!

View this post on Instagram

A post shared by Myshoten (@itsmyshoten_reads)

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024