Artikel
Komik Sains Informatif Dari Kaca Mata Seorang bapa
oleh beluncas book pada 14 Sep 2022
Tedapat 5 buah buku dalam Siri ini di mana setiap buku mengandungi 80 muka surat dengan ilustrasi dan komik yang comel serta fakta-fakta sains menarik. Seronok membacanya.
π³πππ πΊπππ πΌπππ πππππππ π±πππ
Komik-komik ini memberikan suasana pembacaan yang menyeronokkan serta memberikan impak yang baik kepada pengetahuan bukan sahaja kepada anak-anak malah juga ibu bapa terutamanya berkaitan fakta sains. Ianya bukan sahaja mempunyai ilustrasi dan imej berwarna yang menarik tetapi juga sangat interaktif dan juga boleh membangkitan rasa ingin tahu anak-anak terhadap ilmu berkaitan alam.
Sesuai sebagai bahan bacaan sesi βread aloudβ atau βbed time storyβ bersama-sama anak-anak sekitar umur 1-6 tahun dan aku juga yakin bagi anak-anak yang sudah pandai membaca dengan lancar pasti seronok mentelaah buku ini. Cuma ibu bapa harus bersedia kerana bagi anak yang belum didedahkan dengan terma sains, sudah pasti banyak soalan yang akan ditanyakan sekaligus ia akan meningkatkan interaksi dan komunikasi sekaligus mewujudkan βbonding timeβ di antara ibu bapa dan anak-anak.
πππππππ πΊπππππ πππππ πΏπππππππ
Saya bukanlah seorang guru tapi saya sangat menyarankan supaya guru-guru yang mengajar subjek sains boleh mendapatkan komik-komik ini untuk diperkenalkan kepada murid-murid. Sebab apa? Kerana saya berpendapat komik seumpama ini boleh dijadikan βtoolsβ yang berkesan bagi membangkitkan minat pelajar untuk mempelajari ilmu sains terutamanya yang berkaitan dengan manusia, haiwan dan tumbuhan. Bukan hanya fakta semata tetapi terdapat juga nilai yang baik di dalam komik ini di mana anak-anak di ajar untuk menjaga alam dengan lebih baik dan rasa tanggungjawab.
π°πππππ π°πππ π°πππ π°πππ πΌπππ’ππππππ’π?
Anak-anak aku menyukainya. Illustrasinya menarik dan komiknya juga ada diselitkan dengan juga unsur humor yang pasti membuatkan anak-anak tergelak kecil. Bahasa untuk komik mudah difahami tetapi bahagian fakta dan terma sainsnya mungkin agak susah untuk difahami bagi anak-anak yang belum didedahkan dengan subjek ini. Jadi ibu ayah jangan lupa bantu untuk bantu memberi penerangan kepada anak ya.
πΊππππππππ-πππππππππ πππππ πΊππππ
Kesilapan ini diketengahkan hanyalahsebagai penambahbaikan untuk cetakan akan datang. Pertama; kesilapan fakta di dalam Kembara ke Dunia Tubuh Badan Manusia di mana menyatakan βhemiglobin di dalam darah menyebabkan darah berwarna putihβ walhal yang tepatnya adalah berwarna merah. Kedua; penulisan nama-nama saintifik setakat yang saya tahu perlu ditulis dengan tulisan πͺπ΅π’ππͺπ€. Ketiga; mungkin nampak simple, tetapi kesalahan ejaan ada berlaku dan ini perlu diambil serius oleh editor kerana komik ilmiah dan informatif seumpama ini memerlukan ketepatan kepada maklumat yang diberikan.
πΊπππππππππππ’π
Sebuah siri komik informatif yang menarik dan sangat baik bagi membangkitkan minat kepada subjek Sains. Aku yang dewasa ni pun ralit membaca komik-komik ini. Tahniah @pts.jr !